pernah tak kita terfikir kenapa Al Quran itu dimulakan dengan surah Al Baqarah? tambahan pula, bila tengok maksudnya, seolah Allah nak ceritakan yang dalam dunia kita ni, akan ada 2 golongan; yang beriman atau yang kufur.
dalam ayat 1-5 surah Al Baqarah digambarkan kepada kita jenis manakah yang kita mahu, samada kita orang yang mengaku bertakwa; yang beriman kepada perkara ghaib, melakukan tuntutan ibadah, dan yang menginfaqkan sebahagian dari wang sakunya lillahi taala.
ciri orang bertakwa merangkumi semua perkara. dari aspek perkara ghaib sehinggalah ke periuk nasi setiap insan. bila kita menjadi hamba yang jelas dan yakin dengan perkara ghaib, maka apa-apa yang berkaitan dengan dosa dan neraka akan kita elak, dan apa-apa yang memberi pahala dan mendekatkan kita dengan pintu syurga akan kita usahakan sedayanya.
hidup di perantauan hampir 3 tahun, pelbagai jenis manusia pernah saya kenali. ada kawan yang bila buat checklist ciri-ciri hamba bertakwa di atas, hampir lengkap kesemuanya. namun ada juga yang mendirikan solat namun bila bercakap soal amanah, yang melibatkan perkara ghaib yakni dosa pahala, mengucap panjang kita dibuatnya.
setiap kali mulanya semester baru di Dongyang Technical College ni, pasti saya akan memilih-milih subjek mana yang boleh ditransfer credit ke universiti pada tahun pengajian ketiga nanti. namun sedarkah saya apakah pernah mengira-ngira berapa credit hour yang kita boleh transfer berdasarkan subjek `amalan` yang kita lakukan dalam setiap semester hidup kita? takut-takut kita bersusah-payah dan berjaya menggenggam ijazah di dunia tapi ketika sampai di akhirat, buku amalan kita kosong dan nampak tiada usaha. alangkah ruginya kita!
belajar-belajarlah mendekatkan diri dengan Al Quran, cepat-cepatlah mendirikan solat, berlumba-lumbalah kita menghulurkan sebahagian dari wang saku kita untuk jaminan bahagia kita di akhirat. sebagaimana kita berusaha dalam pelajaran untuk diri kita, begitu juga kita beramal untuk keselamatan diri kita di sana.
moga kita terus beramal!
Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan sembahyang serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari Akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya
/al-Baqarah 2: 1-5



1 comments:
betul2..sy stuju..bnd samer jer..btween [all those crdit hours,study,exam kt U] dgn 'crdit hours,amalan,ujian dr ALLAH...cumer lain2 situasi jer..kenaperla kite ni x sdr2 n aplikasikn utk jaminan khidupan akhirat nnt...hehe..fikir smpai future jek..nk kje elok,dpt gaji byk..slamat la hdup. Astaghfirullahalazim~ huhu..btw ..smpat gak tulis blog tym shilseb..isk2..dh xde kje la tuh..
Post a Comment