Friday, 27 February 2009

terima kasih untuk semua itu

DSC_0249
selepas sesi muhasabah malam tadi yang aku, Umair dan Hisham kendalikan untuk adik2 batch 9 yg baru tiba awal pagi tadi, aku sendiri terkesan dengan kata2 yg keluar dari mulutku sendiri. apa yg aku ceritakan di sesi tadi, peristiwa sebelum aku fly ke sini, semuanya benar.  setelah 2 tahun di sini, kisah itulah yg sering menjadi nasihat buat aku utk lebih banyak berbakti buat Umi Abu. 

terima kasih Umi Abu atas didikan selama ini. 
terima kasih juga atas makan, pakai yang Umi Abu belikan. 
terima kasih kerana mengutamakan pendidikan dunia,akhirat berbanding hal dunia yg lain. 

terima kasih Umi.....terima kasih Abu

jasamu tak mampu kubalas. 

ps: mungkin anda akan menangis bila terkenangkan salah silap terhadap ibubapamu sambil mendengar lagu Ayah - Aeman.

Saturday, 21 February 2009

what money can`t buy

40D_5219
just as i discussed with Pak Lang about ASB etc, i came through this article written by UZAR (refer here: Hukum Terkini ASB dan ASN). for sure, 1 option already been eliminated.

when it comes to money, you really need to take it seriously. what you eat is what you and your family will be. 

think before you invest.  

Friday, 20 February 2009

let me through....

산넘어산이다
just above Penang mainland and the Titiwangsa range, which forms the backbone of Malay Peninsula, can be seen from far. trully, i just used AWB to captured this and the colour...wow!

my trip back to Seoul was good although the weather was quite hazzy due to yellow sand seasonal phenomenon. i arrived quite early in Incheon International Airport, around 6.30pm (5.30pm Malaysia). grabbed all my belongings, and headed outside the building. wow it was snowing! dont ask what was the temperature laa~ (of course it`s 0C and below).

since my clothes were not so appropriate to this cold weather, i got lenguh2 badan because of it. plus my biological clock needs to change back to normal here in Korea due to 1hr of time difference (im sure Rehan will say..1hr je~). plus last 3 weeks, when i start to nursing(read: take care) of Tokwan, i have this habit to wake up at 12am, 2am, 4am and also 6am in the morning. this morning also!

btw the spring is almost here again. March used to be my favorite month of a year, death turns into life, cold turns into warmth, and darkness fades away into the light and of course, tons of pictures. It will be the third spring since i came to this unknown place for the better me. although i have to go back to Korea and leaves my family (especially Tokwan Maktok in Titi Gajah) but life goes on, i seems to find the strength in me somehow.

In this spring, I want to be more focus on finding what I want for future, especially in my study, and plan what to do to make it happen. After all, the most important thing is trying, trying the best I can, that way I will get to enjoy the journey and hopefully to find the beauty of life.

So the spring begins.

Saturday, 14 February 2009

gebang2 saham

40D_5001
we went to Penang Butterfly Farm and shot some of the best self-collection i had. 

sudah hampir 3 minggu aku berada di sini dan minggu depan, aku akan berangkat kembali ke Seoul menyambung mencari ilmu. sudah 3 minggu juga berpeluang menjaga Tokwan, tengok progress dan dapat menolong Umi Abu apa2 yg patut utk menguruskan adik2 dalam kekalutan kedua-dua mereka memikirkan hal Maktok Wan. 

mungkinlah pulang ke sana nanti, aku bakal `sesak` memandangkan duit simpanan dah digunakan utk pulang dalam cuti yg xdirancang ni, tapi hati aku sampai sekarang rasa senang dan lebih satisfied berbanding aku berada di sana dan xdapat melihat Tokwan dengan 2 mata sndri.

pulang kali ni memang dengan niat untuk membantu kedua mereka dengan sedaya mampu. dalam diam2, Allah nak memberi peluang kpd aku untuk berfikir dan merancang lebih jauh. bjumpa dgn ikhwah OZ dah menjadi pendorong pada aku, ditambah lg dengan ilmu2 dan pengalaman baru sepjg berada di rumah Mak Lang Kulim dan rumah Tokwan di Titi Gajah. 

malam tadi sampai ke pukul 2 pagi bersembang dengan Pak Lang Aziz pasal cara2 tbaik utk save duit. aku berkira2 dan sedang merancang kewangan utk long-term plan tp xjumpa lagi cara terbaik. kalau simpan dalam bank saja, terasa rugi sedangkan byk passive income yg aku boleh generate dalam masa 3-4 tahun dgn simpanan yg aku buat. Pak Lang sarankan for the mean time, simpan dalam TH dan bila dah ada satu jumlah modal, take 25% and buy some share units, for a start. panjang lebar Pak Lang cerita konsep saham, pasaran dunia, salahfaham pasal saham etc (bayangkan dari 11pm~2am). ASB mmg boleh bawa untung tapi masih ada keraguan samada syubhah atau tak. jadi, baik aku mengelak sementara boleh. Pak Lang ada bagi aku satu buku (How to make money fr ur stock investment even in a falling investment, Ho Kok Mun) sblm kami masuk tidur dan 1st impression bila aku habis baca 1st chapter petang tadi, "mmm bagus...simple explanation about stock investment".

apa2 pun, antara resolusi tahun baru aku, nak manage saving account dengan baik dan sketch plan for long-term use. Abu sering nasihat put aside 10-20% from salary (allowance for student like me :) every month ... he also advised at least i should hv bout 8~10k in cash to start life after graduate from Korea and my plan, a car should come first supaya mudah nak berulang-alik ke mana2. 

Wednesday, 11 February 2009

past and present

DSC_2395
metropolitan habis~~ in front of road heading to Olympic Park. i`m standing at one of the subway entrance of Olympic Park St.
walaupun aku pulang ke tanah air winter ni tak dirancang, namun seolah semuanya dah dirancang oleh Allah utk membuka mata dan minda seorang hamba.


mgu pertama aku byk habiskan masa bersama keluarga memandangkan ketika tu, cuti seminggu sempena CNY, jadi Bertam Ketam seperti biasa penuh dengan riuh suara adik beradikku yg ramai (kecuali kakak, abg upi yg xdpt balik).

hujung minggu tu, aku turun ke Shah Alam untuk mengikuti AGM ISMA ke-12. walaupun turun sebagai pemerhati di belakang, namun impaknya aku rasakan lebih dari itu. pengalaman sebenar apabila dapat bersua muka, bertaaruf dengan beberapa orang ikhwah OZ/NZ yg kebetulan sedang cuti summer.

ada beberapa orang yg ku kenal sebelum dia melanjutkan pelajaran ke OZ tapi sikap,perwatakannya sangat berbeza dari yg kukenali. seolah seorang yang baru. katanya sudah hampir 2 tahun mengikuti tarbiyah di OZ. "Dulu asalnya datang utk belajar, suka2 je tapi lepas 3-4 bulan, rasa macam ada benda xcomplete laa tapi apapun bagi masa utk diri ko berubah". Dia masih seperti dulu, masih membahasakan diri dgn aku-ko. tapi bezanya, gaya bercakap dan ayat dah nampak berubah. balik AGM, aku banyak berfikir pasal diri sambil2 jaga Tokwan di kampung..hmmm.

dalam kita mendidik diri, mentarbiyah orang lain, berdiri dengan rakan dalam jemaah, apa yang penting letakkan kepercayaan dan keyakinan pada dia. janganlah jadikan masa lampau sebagai alasan untuk kita mengelak dari berubah, tapi jadikanlah ia sebagai satu pengalaman hidup yang hendak diubah dan tak mahu diulang.

batu keras boleh dibentuk, inikan pula hati manusia yang Allah terang-terang nyatakan boleh berubah2 sekelip mata. tapi asasnya, berikanlah masa.

ada orang boleh berubah dengan sekali peringatan saja.
ada orang perlu diulang berkali-kali barulah mahu berubah.
ada orang diingatkan bukanlah dengan kata-kata tapi dari pengalaman hidup.
ada jugak orang yang berkali-kali diperingatkan namun tak mahu berubah-ubah.

namun pokok pangkalnya, letakkanlah sabar dan masa mendahului sifat tergopoh-gopoh dalam diri kita. masa lampau bukanlah pengukur persahabatan tapi indicator perubahan pada individu masing2.

apa2 pun, teruskan berada dalam lingkungan tarbiyah, terapkan sabar dan berilah masa utk anda dan rakan2 berubah.

Masa itu sebahagian dari rawatan
/Hassan Al-Banna

Tuesday, 10 February 2009

Hong Kong and Tragedy, siri 2

40D_0509
HKIA will be part of permanent life experience

tinggal lagi 10 hari akan pulang semula ke Seoul. dalam kesibukan menjadi pengganti umi abu di rumah utk uruskan adik2, berulang-alik ke Kulim@A.Setar untuk melawat Wan yg sakit, dan juga komitmen kerja2 di Korea, aku terfikir untuk menyambung siri 2 peristiwa di HK summer lepas. 
-----------
dari arrival gate di HKIA, aku menuju ke check-in desk utk menempah semula seat flight ke Seoul. terpaksalah beratur hampir 3 jam setgh dengan menghadapi pelbagai kerenah beribu penumpang di situ.  apabila sampai di kaunter, desk staff hanya maklumkan aku perlu telefon satu nombor ni utk masukkn nama aku dalam list tempahan. aku akur dengan arahan awal staf tersebut. 
sebelum tu, aku sempat bertanya Cathay Pacific will give compensation in cash or any type of hospitality. aku diberi 2 pilihan, samada ambil cash 500HKD, or tidur di hotel for 1 night tanpa duit saku (makanan, transport not provided). dan kalau aku 
belum dapat tiket lagi utk malam ke2, maknanya takkan ada duit dalam tangan, terpaksa tidur di terminal dan berlapar sampai aku dapat next flight (cuma ada rm100 je dlm wallet..boleh buat apa?) . aku buat pilihan utk ambil 500HKD dan menghala ke Departure Hall atas kebenaran dari pihak kastam. bermulalah episod yg sebenar. 

beribu, mungkin puluh ratus ribu manusia membanjiri Departure Hall HKIA. dengan hand-luggage dan beg kamera di tangan, terpaksalah diusung ke mana saja aku pergi. takut tinggal, xjumpa pulak nanti. sambil2 merayau sekitar tempat penginapan baru tu, sambil2 tu jugak cuba2 call nombor yg dibagi tapi no tu sentiasa busy. "mm mungkin malam lengang skit kot?", aku menelah. 

hampir separuh hari aku merayau, perut hanya diisi dgn apple pie, air kosong je. jimat,takut habis duit. sempat jugak aku call ke Bertam maklumkan pada abu umi yg flight aku delayed. takut depa risau sebab xsampai2 lg.

malam tu xjemu2 aku tunggu di tepi public phone utk call no yg dibagi desk staff tadi, tapi entah berapa kali cuba, masih xdapat2. logik jugak, hotline ada satu, yg nak callnya beribu-ribu. selepas entah berapa banyak syiling aku ditelan, aku kepenatan dan terus cari kerusi yang available utk dijadikan katil aku malam tu. berselimut Cathay, berbantal lengan la aku 2 malam tu. 

kalau orang tanya bangun pagi aku mandi dkt mana?hehe..xmandi la jwbnya. berus gigi pn dalam check-in luggage. paham2 la musafir kelana~~. selesai solat subuh, apple pie, biskut dgn air susu jadi santapan aku lagi pagi ni. cuma sebabkan terlalu lapar, aku order jugak fillet fish burger. bangun pagi ni aku lebih optimistik utk call hotline memandangkan awal pagi, mungkin xramai yg akan call. tapi sangkaan aku meleset. aku called dari pagi sampailah ke malam, line masih busy! aku terkedu........

Saturday, 7 February 2009

culture shock...huh??!!

IMG_4317
i missed a heavy snow in Seoul just a week after i got home to Bertam. teringat ketika salji lebat di Daerim 

pulang saja dari Kota Bharu melawat anak sedara, Zaffran yg makin buas (sama mcm Pak Njang dia agaknya), aku menukar haluan pula ke Kuala Lumpur. tiba di ibukota dalam masa 4 jam dari Penang bersama k ngah, kami terus ke Midvalley untuk mencari makan tengahari. 

menjejak kaki ke shopping mall di bandaraya ini terasa janggal bagi aku, kerana sudah hampir 2 tahun aku membeli belah di tengah2 lorong yg penuh sesak dgn manusia (refer to Myeongdong, one of shopping spree in Seoul). bila K ngah drop aku di KL Sentral, aku igt rasa janggal aku hanya di MidV, lebih teruk dari tu, aku culture shocked di negara sendiri! manakan tidak, komuter yg aku rasa 2 tahun dahulu lebih baik menjadi semakin teruk perkhidmatannya. 3 tren terlepas dan hampir 1 jam setengah di platform, itu belum campur masa perjalanan dari KL - S.Alam, seolah2 rakyat Malaysia ni membuang masa atas jalan saja. Haih~ Malaysiaku! 

bukanlah masalah aku baru pulang dari negara yg kelewatan 5 minit sudah tiada kompromi, tetapi terfikir macam manalah negara yg sudah merdeka, diperintah oleh `orang2 yg membawa kemajuan`, namun perkhidmatan masyarakat masih di tahap lama, tak ada improvement. kalau nak dilistkan, mungkinlah Malaysia ni susah nak pergi jauh dengan laju kerana masalah2 dalamannya. terlalu mementingkan periuk nasi, nama dan pangkat sehingga nasib orang lain diabaikan. 

2 tahun di tanah majoritinya kafir namun terdapat sifat2 orang Islam di dalam diri mereka. 

fikir-fikirkanlah~