Wednesday, 29 April 2009

look beyond it

battle of the system
you are focusing on the problem.
you focused on the problem and you cannot see the solution.
NEVER focus on the problem. 
look beyond the fingers.
how many do you see?
/Patch Adams.1998

dekat tapi jauh

Penang Butterfly Farm
ketepikan perasaan, 
bawakan hati. 

ketepikan prasangka,
bawakan baik hati.  

ketepikan benci,
bawakan kasih sayang. 

benci mana pun kamu dengan aku, 
jauh dibuang jauh lagi ia melarat. 

kawan ini tak pernah membenci kamu,
tak pernah rasa tidak senang dengan kamu.

kawan tersilap bukan membenci,
tetapi perbetul kesilapan.

tegurlah aku, tegurlah aku, tegurlah aku. 

Tuesday, 21 April 2009

3 AM

3AM
taken around 3o'clock in the morning. it was raining yesterday.

due to exam, my daily routine was changed.

usually i will go to bed around 12am, but now, just after Isya`, i will get enough sleep and wake up around 1130pm to do some revision until Subh. and sleep again from 6am to 9am.

sorry for those who were looking for me around that time.

*to K Lang: i pray you a thousand prayers for your final year exam! may Allah helps you the most. 

Sunday, 19 April 2009

yollamsil

time is ticking!
ucapan dari kims @ kimsnet.info 

pagi tadi cuba ke yollamsil studyroom di library. dari jauh nampak panjang orang beratur menunggu barisan nak masuk. "mesti penuh punya pagi-pagi ni". bila masuk ke dalam, sah! balik study di rumah je la....

2 malam lepas ke yollamsil. selepas sambut birthday Abe, sekitar 12.30am aku, Hanafi dan Ikhwan bergerak ke sana. "aku cari seat paling hujung sekali. nak balik, habaq tau!" ujar Ikhwan sebelum kami masing-masing bergerak mencari-cari tempat terbaik untuk study. malam ni, aku tekad nak habiskan 2 chapter hvac sebelum beralih ke subjek lain. 

bagi aku, Yollamsil ni pengudaraan tak berapa baik sebab terasa sangat panas dan berkuap. suffocated jugak kali pertama aku masuk situ. mungkin sebab masa tu, aku terpsikologi dengan cakap2 orang yang yollamsil ni untuk orang yan kuat study je. sebabkan agak panas, sweater cheetah yang aku gunakan sejak tingkatan 4 lagi, aku buka dan sangkut atas kerusi. 

"ya Allah, permudahkanlah bahasaku, pertajamkan fikiranku, tenangkan hatiku"
10, 20, 30 minit aku study, aku perasan orang yang lalu-lalang mesti pandang aku. takkan pelik kot foreigner study disitu. takpe..teruskan study sampai 2.30am.

tepat 2.30am, selesai 2 chapter hvac. kemas-kemas barang dan balik ke rumah. on the way balik di depan library, aku terpandang sebuah cermin disitu. "laa..patut la orang pandang2. rupanya aku pakai t-shirt Seouldae..! memang la orang pandang". (Seoul National Univ - top ranking universiti di Korea)
--------------------
mid semester exam for 2nd year Spring semester. 
mon - hvac, C programming
wed - static, chinese language 
thu - internal combustion, physics. 
all the best, my friends! 

*websites for those who want to do some reference.

Saturday, 18 April 2009

8hrs report

40D_1441
pagi tadi menghabiskan 8 jam untuk selesaikan report Mechanical Lab. aku, Athir, Ah Boi, Won joo, Jong Won bersengkang mata di library (bersengkang sebab tak dapat tidur petang) menyiapkan report tersebut. asalnya nampak mudah, tapi bila dah mula buat, makin pening kepala dengan rumus Fluid dan kertas yang makin menebal. tambahan pula kami banyak bergantung pada Won Joo hyong sebab dia antara pelajar Kigae yang dapat 4.46 hakjom tapi masih tak tersenarai dalam penerima dean`s list (full pointer 4.5). lega hati sebab aku dan Athir tak ada kelas pada hari Jumaat jadi boleh banyak membantu menyiapkan report. Ah Boi dan Jong Won sekali-sekala keluar pergi ke kelas. 

banyak cerita bertukar antara kami. 
Won Joo seorang yang serius bila buat kerja, sebab tu dia boleh dapat pointer yang hampir perfect. nota lecture dia pula tersusun dan kemas. even aku baca tak berapa faham sebab tulisan dia sangatlah shorthand, tapi aku masih boleh membaca dan dapat sedikit cara pengurusan study dia. 
Jong Won, asalnya adalah classmate Ah Boi, tapi kelas tu dah berpecah kepada 2 kelas. setengah masuk ke kelas aku. dia antara orang Korea yang sangat suka nak belajar bahasa melayu. yang paling kelakar bila dia cuba ajuk percakapan antara kami Malaysian dan bila dengar, macam bahasa Afrika pun ada. walaupun suka buat lawak, tapi ada kesungguhan dalam diri dia yang aku kagum. rasanya tak pernah aku tengok dia lewat hadir ke kelas. tak tahu la kalau aku yang lewat, jadi tak nampak. 

aku rasa semakin senang dengan kawan-kawan Korea yang aku kenal sekarang sebab tak semua orang Korea dapat melayan foreigner macam aku dengan baik. pernah ada beberapa pengalaman diskriminasi oleh orang Korea tapi bukan dalam post ni nak diceritakan. 

*terbaca link ni di Palestinkini 

Tuesday, 14 April 2009

April 14th

klang

selamat ulangtahun ke 23, akak ku Kak Lang. 
semoga cemerlang exam, cemerlang hidup, cemerlang dalam pekerjaan, cemerlang akhlak, cemerlang iman, cemerlang rumahtangga!

Monday, 13 April 2009

lavender

spring
lavender i guess

last week i was so busy doing all the assignments, training for debate held by ppmk, and also doing some revision for coming midsem exam. 

as Sunday came, i managed to escape from busy street of Seoul and go somewhere outside (cant tell the name yet..still got a lot of tons of pictures to reveal in the future). the botanical garden were surely a great place to go for a nice-beautiful spring picture collection. 

[updated] mencedok idea dr rehan
Spring is the most awaited season in a year. you just imagine, you ride a bus and along the road, it is full of blooming wild flower, justperfect!!!

i got a comment from my dad, he said he miss the old time back to UK. it will be the same here, i`ll miss S. Korea like my dad. 2 years just that fast approaching.

to Abu: nak ubat rindu ke? Korea lah jawapannya......

Thursday, 9 April 2009

things-to-ponder 2

yellow flower bokeh!
seharian dalam kelas semalam terawang-awang akibat isu post sebelum ni (bukanlah jiwa turut dibuai2 hehe). selepas perbincangan utk bahas anjuran persatuan pelajar malaysia di sini hujung minggu ni, kepala lebih ligat mencari alasan yang lebih kukuh kenapa timbulnya isu2 macam ni.

bersembang dengan Umair hingga ke 4am memang dah menenangkan hati aku dan rasa terbuka untuk menerima cara ini.

"pasal artikel tu kan, ana rasa kalu tiap org yg menulis, pasti ada alasan dia. bukan saja2 tulis sebab nak bunyi jiwang islamik. tapi ada mesej yg xsemua org boleh dapat. kalu anta xsampai maksud, ada org lain lagi yg sampai maksud especially yang perempuan. anta tu lelaki la!"

kesimpulan post di bawah,
berlapang dada dan berfikiran terbukalah dengan kepelbagaian menyentuh hati-hati ni. bukan dengan satu jalan, tapi banyak jalan. selesai satu serabut! 

azam sempena April 7th: berusaha untuk lebih memahami hati, fikiran dan tindakan orang lain! 

Wednesday, 8 April 2009

things to ponder

aaa
Zaffran yang semakin cerdik & buas (macam Pak Njangnyer!)

beberapa hari lepas, dapat email comment dari salah seorang pembaca KiMSnet. boleh kata dalam diri, lebih bersetuju dgn pendapat beliau kerana kekuatan jiwa takkan dapat dibentuk kalau terus melayan perasaan jiwa2 ini dengan lambakan artikel, puisi, nasyid namun tiada mujahadah dalam diri untuk meninggalkan. 

secara peribadi, pernah juga satu ketika terjebak dengan masalah jiwa2 ni, tapi selepas satu ketika, kita akan terfikir sendiri kebaikan keburukan pada diri dan jiwa. ketika tu, bila baca artikel, terima teguran berkaitan jiwa2 ni, terasa endah x endah tapi by time, perkara tu dirawat melalui siri tarbiyah yang diikuti dan Alhamdulillah sampai sekarang, terasa jiwa lebih tenang. seolah2 dengan perjalanan tarbiyah dan masa yang diberi untuk merawat penyakit hati ni, lebih meresap ke dalam hati. aku yakin kebanyakan manusia lebih senang dirinya diberi 'ruang untuk berubah' daripada diberi 'tekanan untuk berubah'.

aku lebih senang jika kawan2 diapproach dengan cara yang lebih mendekati jiwa. pillow talk, hati-ke-hati, sesi kaunseling, biarlah apapun dipanggil, yang penting adalah mendekati mereka. percayalah, mereka akan lebih selesa kerana diberi peluang untuk berbicara, memberi alasan dan akhir sekali barulah menerima nasihat.   

pokok pangkalnya, belajarlah mengawal perasaan jiwa2 ni. macam mana kita nak menanggung masalah jiwa orang lain andai kita gagal mengurus jiwa2 kita dengan baik? Kita mahukan pentadbir umat, negara oleh mereka yang dapat mentadbir diri sendiri sebelum mentadbir orang lain. 

things to ponder, my friends. 

ps: andai tersalah, jangan segan2 untuk tinggalkan komen. biarpun terkena batang hidung, tapi anggaplah ruang tarbiyah itu luas. 
----------------------------------------------------------------------------
ana dah pernah baca artikel ni dlu.antara top hit artikel ust maszlee.

komen dari ana.
banyak sangat berbincang tentang perkara ni pun sebenarnya boleh mencetus perasaan “lain”.tidak kira sama ada cara mengelakkan atau kisah pengalaman atau sebagainya.

ana menentang keras tabiat meletakkan status YM dgn nada jiwang(meskipun berunsur islamik).
wallpaper,atau apa2 gambar yang “jambu2″ meskipun ianya berunsur islamik.
ana juga tidak bersetuju sama sekali(절대로) dengan lambakan puisi2
jiwang meskipun ia berunsur islamik.

pada pendapat peribadi ana contents2 seperti ini menunjukkan “kelembikkan” para pembawa tarbiyah.

secara peribadi juga ana prejudis terhadap novel2 atau cerpen seumpama “khazinatul asrar”,”ayat2 cinta” dan sbg.maaf ana menghukum sebelum membaca lagi apakah isi kandungan bahan2 tersebut.

ana tertarik dengan status YM rakan kita baru2 ni.

“sebenarnya banyak lagi perkara lebih penting untuk difikirkan”

cadangan dari ana…kurangkan berbincang tentang perkara ini.

akhukum fillah. 
----------------------------------------------------------------------------

Tuesday, 7 April 2009

21st

40D_5706 copy
thanks to those who came tonight. almost one third of my batch (exc. girls) came to my house around 12midnite. and for those who remember what `7th of April` is,really appreciate it. i`ll try to be a good friend, full with Iman and hope. and also try to remember other`s birthdate! if your name are not in the list, leave at comment post! 

Ikhwan
Napi
Cikot
Fakrul
Luqman
Abe
Athir
Umair
Faisal Ocu
Zafran
Bob
Halmi
Hapije
Abu Zar
Raher
Tawfiq
Nizam
Ghani
Emmert
Jaha
Syahid

and thanks for those that wrote a post for me. bak kata org korea "nicerrr...!"
ps: 2mrw can go polling at Bukit Selambau, Bukit Gantang!

Wednesday, 1 April 2009

walk around school

IMG_1907
still got time to play around and took some pictures just across the school near Anyang Stream. 
in picture: Cherry Blossom aka Sakura aka 벛꽃 Botkott 

semalaman puas mencari2, menyelak2 helaian buku Fizik. terutama bila masuk bab Electric ni, memanglah tersangat lambat utk siapkan satu soalan. bayangkan, biasanya bab Mechanical, 1 soalan ambil masa 30min max utk disiapkan, tapi bila masuk bab Electric ni, 1 soalan 1 JAM 30 MINIT!! 

pagi tadi sempat main-main dalam Library DYC, mencari2 bahan utk dibaca hujung minggu ni. HVAC, Static kena cover at least seminggu sebelum Mid-sem exam. seperti kebiasaan subjek2 lain, term2 dalam HVAC semua dikoreankan.
 
Dry Bulb Temperature - 건도 Keondo
Wet Bulb Temperature - 습도 Saebdo

tu baru sikit. belum dibelek satu buku lagi. takpa...i should be more positive on this. usaha tu bukan setakat nak datang kelas, dengar lecture, balik. tapi usaha tu sampailah ilmu tu dapat diaplikasi dalam hidup seharian. fahamkan konsep. bila belajar, biar hadam!

dah 2 hari mencari2 mana lah letaknya buku Static, berulang-alik dari semalam tapi xjumpa2 juga. rupanya semua tu boleh cari guna komputer je. sekali taip, keluar list nama buku dan location. haih~ buang masa sungguh! plus with new written-in-English-Engineering books on shelves, i`ll be more happy to go to the library everyday!