saya baru pulang dari aktiviti batch. kami pergi berafting di Hantan River. quite a very calm, refreshing moment and yet sooo beautiful to describe. maybe in the next post. well, before i went there, if found a few similarity between me and my Abu, which are travelling, reading, and photography, and during his student`s year, he said he loved to cook also (this one i cant confirm because i never saw him cooking at my Ummi`s kitchen for a looong time heheh~).
kadang2 kawan selalu bertanya,"kenapa kau panggil ayah 'Abu' haa? bukan kalau 'Ummi', patut kena panggil 'Abi' ke?". though until now, i didnt manage to find the answer but now i found one, it made my dad so special than others. when ppl calling theirs as Abah, Ayah, Papa, Aboji, yet we call Abu as Abu. sounds special, right?
saya masih ingat ketika kecil, Abu tersangatlah garang dengan saya. sebab apa pun tak tahu (padahal buas macam apa). memandangkan saya anak lelaki sulung dalam keluarga selepas 3 orang puteri, mungkin Abu punya harapan yang lebih besar pada anak lelaki sulungnya ini. masih ingat dalam kepala beberapa kali diikat di tiang sebab tak mahu pergi ke sekolah, yang akhirnya Ummi datang pujuk dan Abu masih bersikap selamba. rotan usah dicerita entah berapa kali. jangan disalahkan Abu, tapi sebabkan saya yang terlalu buas. masuk rumah orang, panjat kerusi, terjun. nasib tak baik, seluar tersangkut dekat bucu kerusi, tersembam terus ke lantai. hilanglah satu gigi. memang logiklah kalau Abu nak didik dengan cara yang sebegitu. kami adik-beradik cukup takut kalau Abu keluarkan rotan kecil tapi berbisa. setiap kali buat perangai, mesti kena libas. cumanya yang pasti, Abu tak pernah rotan atau tampar bahagian2 badan yang sensitif seperti yang Nabi ajar. tapi sekarang ni, Abu dah agak lenient dengan adik2 yang di bawah memandangkan ada yang lebih besar dari mereka untuk menjadi contoh teladan.
in term of giving the best education to their childrens, Abu adalah yang terbaik. Abu berjaya sekolahkan kami 7 beradik dengan makan, pakai, buku, alat tulis yang cukup. mungkin kadang2 terasa kurang bila dibanding dengan orang yang lebih berada, tapi bagi kami, apa yang Abu bagi adalah yang terbaik. Abu banyak mewarisi sifat Wan dalam hal pelajaran ni. biarlah duit kita xcukup dan terpaksa berhutang sekalipun untuk pastikan anak2 mendapat pendidikan yang terbaik. saya sangat salute bab tu! education comes first, entertainment, curtain raya, sofa baru comes later! biarlah kita kaya dengan ilmu yang akan berguna for the whole life, walaupun kurang duit yang berguna hanya seketika. kalau pendidikan agama pula, selain SMAP Kajang, sebelum tu saya tak pernah pergi ke mana2 sekolah agama hatta kelas mengaji fardhu ain sekalipun. PSRA?? apa tu? saya memang tak pernah ke kelas petang agama. tapi pendidikan yang Abu dah provide pada saya insyaAllah saya nampak mencukupi sehingga sekarang. pada awalnya agak kekok untuk masuk ke sekolah agama, tapi hasil didikan Abu yang selalu tekankan kepentingan dunia dan akhirat, lama-lama dah sebati dalam diri.
bagi saya, Abu is a truely family man, what happen to his family, he will do anything to help. Abu mengambil keputusan untuk tidak berada jauh dari rumah Wan Maktok sejak awal perkahwinan lagi. kami tak pernah menetap luar dari kawasan Utara Malaysia (selain ketika posting beberapa tahun Abu di Kuantan dulu). Abu selalu berpesan, "kadang2 kita banyak duit, tapi kita juga akan ada banyak komitmen lain. sementara ada masa lah kita kena berbakti pada ibu bapa. Abu tak mampu nak bagi sumbangan material, tapi selagi termampu, Abu nak bagi masa dan tenaga untuk balas jerih perit Maktok Wan membanting tulang di sawah untuk sekolahkan kami adik-beradik"
jika dulu, saya agak 'jauh' dengan Abu since saya selalu menjadi 'objek' untuk dilepas marah (ini pandangan budak2 belum cukup umur ye!), tapi sekarang saya terasa dekat dan semakin senang untuk bersembang dengan Abu berkaitan apa saja. either on education, sports, photography, how things work, pengurusan hidup, bab agama, semua mudah untuk bersembang dengan Abu. kami sangat senang dilayan begitu. sesuai mengikut umur dan tahap matang anak-anak. kalau kecil, asuhlah seperti anak kecil. kalau besar, bimbinglah dengan penuh toleransi.
ada ketikanya, saya tersilap perhitungan dalam hidup namun Abu bukanlah jenis yang menyerang tak tentu hala. pernah sekali ketika bulan Ramadhan, Abu ajak saya bertarawikh jauh sikit dari rumah, perlu menaiki kereta. sepanjang perjalanan, Abu diam sahaja. selesai solat tarawikh, Abu belikan air dan kami pulang ke rumah. sebelum turun dari kereta, Abu mulakan bicara. bersembang hati ke hati dengan saya buat pertama kali. dan sehingga sekarang saya ingat pesannya "memang sukar mengawal hati dengan persekitaran awak yang jauh nun di ibukota tapi Abu yakin pada abang, restrain hati, tanya diri balik betul atau tidak tindakan yang kita nak lakukan. Abu harap didikan yang Abu bagi pada abang menjadi bimbingan dalam hidup abang. kalau kita rasa kita dah lari jauh, jangan segan kembali semula ke halaman bertanya pada Ummi Abu"
cuma sekarang ini, saya selalu berharap dan berdoa, semoga saya sempat membalas jasa Abu walaupun hanya secebis daripada jasa2 Abu kepada kami. semoga Abu ampunkan salah silap Abang selama ini, terkasar bahasa dan tindakan abang. tak ada apa yang abang harapkan dari Abu sekarang melainkan Abu melihat dengan pandangan rahmat dan syurga. terima kasih juga atas segala jasa dan bimbingan Abu selama ini pada abang, kakak2 dan adik2. kami sayang Abu!



5 comments:
Tq for the posting. Sejuk hati mendengar anak2 memahami citarasa didikan abuummi. Tak ada yg lebih berharga bg abu ummi selain melihat antum semua membesar dan menjadi insan yg sentiasa berbakti pada Islam, keluarga, nusa. Kita semua harus mempunyai sikap bahawa kita semua penuh dengan kekurangan yg perlu diperbaiki sentiasa didalam sepanjang perjalanan hidup. Mendidik anak perlu berlandaskan acuan didikan Islam yg tak ramai diteroka orang. Jika ada terdapat kekurangan abu melaksanakn perkara tersebut, kami mohon maaf pd anak2. Teruskan usaha menjadi diri abang dan your siblings sebagai insan yg mendapat rahmah dan maghfirah dr Allah.
Abu
Pasai memaask tu ummi boleh comfirmkan, masa kat Uk abulah tukang masak kat masjid Brighton, Masa ummi dalam pantang abulah tukang masak, tak caya tanya kakak, kak ngah dan lang. Betui dak? La ni kan dah ada cook yg lebih baik buat apa nak susah susah pedih mata mengupas bawang ya dak?
knapa abu tak teruskan j jd cook kat umah..bleh kongsi2 rasa masakan bersama anak2..hihihi..patut abu gaduh anak2 pompuan dia tak suka msk rupanya abu terer msak ketika muda..hihi
huish jgn taktahu..kurma kmbing abu sdap abissss...
abg, ingt tak kena mrh sb takmo p tandas basi???hahaha
sapa laa xigt..byk btol event2 besar kena marah..
kena ikat dgn tali pinggang dkt tiang psl baju robocop merah xkering lagi..haha
pastu kalau buat perangai,kena dok di ceruk almari dekat taman cahaya
Post a Comment