Thursday, 11 June 2009

Perginya seorang sahabat

DSC05842
senyuman yang sentiasa terukir, persahabatan yang diberi, kata semangat akan sentiasa diingati...Al Fatihah buatmu.

dapat sms dr Abu pagi tadi.

'Abang, dapat berita subuh td Ammar Pcik Zul meninggal di Mesir semlm accident. Jenazah akn dibw blik ke Msia'

tergamam tak kesudah! baru bersembang dengan arwah minggu lepas, berjanji nak jumpa di Mesir ketika lawatan saya ke sana summer ni, tapi arwah beberapa kali cakap, "xdan kot jumpa! takyah harap la!" sambil gelak2.

ketika maklumkan berita ini pada jr saya di sini yang juga jr arwah di MATRI, Fahmi, air mata keluar menitik. goyang jugak saya dibuatnya. memang tak tertahan sebab sangat rapat dengan arwah walaupun xsampai setahun kami kenal dan hanya sempat bersua beberapa kali ketika masing2 balik bercuti. arwah jugalah kawan pertama saya kenal ketika baru berpindah ke Taman Bertam Indah. arwah mula2 tegur saya di masjid selepas solat Zohor. "eh anta yang baru pindah di Lorong 25 tu ka?"

saya masih teringat cuti summer lepas, arwah datang ke rumah bersama ayahnya ketika saya sedang sibuk mengemas barang untuk pulang ke Korea. sebelum pulang, arwah menghadiahkan saya sebuah buku yang dibeli dari Mesir. rupanya arwah pergi dulu sebelum saya sempat nak balas dengan buah tangan dari Korea. senyuman, budi pekerti, bahasa yang lemah lembut, memang membuatkan saya senang berkawan dengannya. memberi semangat kepada saya untuk menilai siapa pula `Ammar Muhammad.

Al Fatihah kepada Allahyarham Muhammad Ammar b Zulkifli. semoga Allah menerima amalnya dan menempatkan dalam kalangan orang yang soleh.

Peringatan buat diriku yang sering terlupa.

[update]
selesai menduduki paper Internal Combustion, langsung saya balik ke rumah nak mengetahui kisah kemalangan arwah lebih lanjut.

dari blog2 kawannya, saya dapat berita rupanya mereka berlima (arwah Ammar Zul, Akram, Aman Ramdzan kwn Ocu, Fitri dan Saif) dalam perjalanan pulang dari melihat tempat untuk program cuti summer ni di Ain Sukhnah. dalam perjalanan pulang, kereta yang dinaiki terbabas dan seorang tercampak keluar.
buat masa ni, 2 orang cedera ringan, 2 orang lagi dalam ICU, dan arwah meninggal dunia selepas dibawa ke hospital.

sememangnya maut memang memberikan kesan kepada hati manusia.

“Inna lillahi ma akhaz, wa lahu ma a’tho. Wa kullu syai’in indahu bi ajalim musamma. Fasbir wala tahtasib” (Milik Allah apa yang Dia ambil. MilikNya jua apa yang Dia beri. Tiap sesuatu punya tempoh tertentu disisiNya. Bersabarlah dan harapkan ganjaran Allah atas kesabaranmu itu” (Hadis Takziah).“Al-Baqa’ lillah (Sesungguhnya kekal itu hanyalah Allah swt semata-mata).

12 comments:

We Haus Enterprises said...

ummi baru balik dari ziarah ummi Ammar. Dia menyebut tidak terkilan kerana baginya arwah anak yang soleh, rajin buat kerja untuk Isam. Baru 2 malam lepas bersembang dgn semua adik=adiknya. cadngnya nak pergi umrah bulan puasa nanti. insyaallah jenazah akan tiba di KLIA pkul 3pagi esuk. Doakanlah muga Allah mudahkan segala urusan.Ameen.

huda said...

salam takziah.

Rexraihan said...

salam takziah..
moga2 kuat hati menerima suratan takdir Ilahi

My Heart Draws A Dream said...

takziah utk arwah ammar zulkifli..walaupun lang tak knal dia tp ttp rasa akan kehilangan dia tmbh2 dia seorg anak yg soleh..semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..amin..

debatersaina03 said...

salam, takziah buat arwah..
kita yg masih hidup ni jgnla leka,
doakan pada org yg tiada...
smg arwah ditempatkan bersama kalangan orang yg beriman dan soleh!amin..

Anonymous said...

hari tu kan...ammar ni tegur ana

cicit_toknek: salam
cicit_toknek: umair
cicit_toknek: apa abaq?
cicit_toknek: sehat>
cicit_toknek: ?

tp time tu ana xde kat bilik, so xdpt nk balas. Rase bersalah sgt. Semoga Ammar di tempatkn bersama2 hambaNya yg soleh...

Ajal di tangan Allah, sama2 muhasabah...

`Ammar Muhd said...

ana terasa sugul je hari ni. masa lapang je trigt pd arwah.

sgt rapat macam dh bertahun2 berkawan. mahu mencontohi sifat2 baik arwah.

Anonymous said...

Al-fatihah untuk arwah..
first time jumpa arwah masa jadi fasi dlm kump dia masa minggu suai kenal di cairo..
Kami di Tanta baru sahaja sudah menyempurnakan solat sunat ghaib untuk arwah..

`Ammar Muhd said...

ana sempat telefon Pakcik Zul dan sembang bersembang dengan ayahnya.

bagi beliau, arwah anak yg aik dan soleh. kita bagaimana?

ammar said...

Innalillahiwainnailaihiraji'un

Semoga arwah sentiase dalam keberkatan...

limaumaniss said...

alfatihah buat Allahyarham...moga rohnya tenang di sana...kepada ahli keluarganya diharap redho dengan takdir ALLAH...didoakan agar Allahyarham dtempatkan bersama orang-orang yang beriman....ameenn..

farhanajoni said...

salam takziah,saya xpernah kenal arwah,tapi he's a friend of a friend,tapi turut terasa kehilangan..
everyone seems to write about him in their blog,a tribute for him.he must be such a great person.
semoga arwah ditempatkan dikalangan muslimin,mukminin.amin..

http://upimijogja.blogspot.com/2009/06/story-to-tell.html