Tuesday, 10 February 2009

Hong Kong and Tragedy, siri 2

40D_0509
HKIA will be part of permanent life experience

tinggal lagi 10 hari akan pulang semula ke Seoul. dalam kesibukan menjadi pengganti umi abu di rumah utk uruskan adik2, berulang-alik ke Kulim@A.Setar untuk melawat Wan yg sakit, dan juga komitmen kerja2 di Korea, aku terfikir untuk menyambung siri 2 peristiwa di HK summer lepas. 
-----------
dari arrival gate di HKIA, aku menuju ke check-in desk utk menempah semula seat flight ke Seoul. terpaksalah beratur hampir 3 jam setgh dengan menghadapi pelbagai kerenah beribu penumpang di situ.  apabila sampai di kaunter, desk staff hanya maklumkan aku perlu telefon satu nombor ni utk masukkn nama aku dalam list tempahan. aku akur dengan arahan awal staf tersebut. 
sebelum tu, aku sempat bertanya Cathay Pacific will give compensation in cash or any type of hospitality. aku diberi 2 pilihan, samada ambil cash 500HKD, or tidur di hotel for 1 night tanpa duit saku (makanan, transport not provided). dan kalau aku 
belum dapat tiket lagi utk malam ke2, maknanya takkan ada duit dalam tangan, terpaksa tidur di terminal dan berlapar sampai aku dapat next flight (cuma ada rm100 je dlm wallet..boleh buat apa?) . aku buat pilihan utk ambil 500HKD dan menghala ke Departure Hall atas kebenaran dari pihak kastam. bermulalah episod yg sebenar. 

beribu, mungkin puluh ratus ribu manusia membanjiri Departure Hall HKIA. dengan hand-luggage dan beg kamera di tangan, terpaksalah diusung ke mana saja aku pergi. takut tinggal, xjumpa pulak nanti. sambil2 merayau sekitar tempat penginapan baru tu, sambil2 tu jugak cuba2 call nombor yg dibagi tapi no tu sentiasa busy. "mm mungkin malam lengang skit kot?", aku menelah. 

hampir separuh hari aku merayau, perut hanya diisi dgn apple pie, air kosong je. jimat,takut habis duit. sempat jugak aku call ke Bertam maklumkan pada abu umi yg flight aku delayed. takut depa risau sebab xsampai2 lg.

malam tu xjemu2 aku tunggu di tepi public phone utk call no yg dibagi desk staff tadi, tapi entah berapa kali cuba, masih xdapat2. logik jugak, hotline ada satu, yg nak callnya beribu-ribu. selepas entah berapa banyak syiling aku ditelan, aku kepenatan dan terus cari kerusi yang available utk dijadikan katil aku malam tu. berselimut Cathay, berbantal lengan la aku 2 malam tu. 

kalau orang tanya bangun pagi aku mandi dkt mana?hehe..xmandi la jwbnya. berus gigi pn dalam check-in luggage. paham2 la musafir kelana~~. selesai solat subuh, apple pie, biskut dgn air susu jadi santapan aku lagi pagi ni. cuma sebabkan terlalu lapar, aku order jugak fillet fish burger. bangun pagi ni aku lebih optimistik utk call hotline memandangkan awal pagi, mungkin xramai yg akan call. tapi sangkaan aku meleset. aku called dari pagi sampailah ke malam, line masih busy! aku terkedu........

0 comments: