Saturday, 7 February 2009

culture shock...huh??!!

IMG_4317
i missed a heavy snow in Seoul just a week after i got home to Bertam. teringat ketika salji lebat di Daerim 

pulang saja dari Kota Bharu melawat anak sedara, Zaffran yg makin buas (sama mcm Pak Njang dia agaknya), aku menukar haluan pula ke Kuala Lumpur. tiba di ibukota dalam masa 4 jam dari Penang bersama k ngah, kami terus ke Midvalley untuk mencari makan tengahari. 

menjejak kaki ke shopping mall di bandaraya ini terasa janggal bagi aku, kerana sudah hampir 2 tahun aku membeli belah di tengah2 lorong yg penuh sesak dgn manusia (refer to Myeongdong, one of shopping spree in Seoul). bila K ngah drop aku di KL Sentral, aku igt rasa janggal aku hanya di MidV, lebih teruk dari tu, aku culture shocked di negara sendiri! manakan tidak, komuter yg aku rasa 2 tahun dahulu lebih baik menjadi semakin teruk perkhidmatannya. 3 tren terlepas dan hampir 1 jam setengah di platform, itu belum campur masa perjalanan dari KL - S.Alam, seolah2 rakyat Malaysia ni membuang masa atas jalan saja. Haih~ Malaysiaku! 

bukanlah masalah aku baru pulang dari negara yg kelewatan 5 minit sudah tiada kompromi, tetapi terfikir macam manalah negara yg sudah merdeka, diperintah oleh `orang2 yg membawa kemajuan`, namun perkhidmatan masyarakat masih di tahap lama, tak ada improvement. kalau nak dilistkan, mungkinlah Malaysia ni susah nak pergi jauh dengan laju kerana masalah2 dalamannya. terlalu mementingkan periuk nasi, nama dan pangkat sehingga nasib orang lain diabaikan. 

2 tahun di tanah majoritinya kafir namun terdapat sifat2 orang Islam di dalam diri mereka. 

fikir-fikirkanlah~

3 comments:

sundubu said...

wakaka..~ cultural shock>.<
faster come back to seoul!!

argh~ then u miss out my 수료식!!

`Ammar Muhd said...

cant make it in time! what to do..haihz~~

syamil said...

elakkan menaiki komuter.....service terok......hampeh.....x mcm korea...(mcm besa jaa))