metropolitan habis~~ in front of road heading to Olympic Park. i`m standing at one of the subway entrance of Olympic Park St.
walaupun aku pulang ke tanah air winter ni tak dirancang, namun seolah semuanya dah dirancang oleh Allah utk membuka mata dan minda seorang hamba. mgu pertama aku byk habiskan masa bersama keluarga memandangkan ketika tu, cuti seminggu sempena CNY, jadi Bertam Ketam seperti biasa penuh dengan riuh suara adik beradikku yg ramai (kecuali kakak, abg upi yg xdpt balik).
hujung minggu tu, aku turun ke Shah Alam untuk mengikuti AGM ISMA ke-12. walaupun turun sebagai pemerhati di belakang, namun impaknya aku rasakan lebih dari itu. pengalaman sebenar apabila dapat bersua muka, bertaaruf dengan beberapa orang ikhwah OZ/NZ yg kebetulan sedang cuti summer.
ada beberapa orang yg ku kenal sebelum dia melanjutkan pelajaran ke OZ tapi sikap,perwatakannya sangat berbeza dari yg kukenali. seolah seorang yang baru. katanya sudah hampir 2 tahun mengikuti tarbiyah di OZ. "Dulu asalnya datang utk belajar, suka2 je tapi lepas 3-4 bulan, rasa macam ada benda xcomplete laa tapi apapun bagi masa utk diri ko berubah". Dia masih seperti dulu, masih membahasakan diri dgn aku-ko. tapi bezanya, gaya bercakap dan ayat dah nampak berubah. balik AGM, aku banyak berfikir pasal diri sambil2 jaga Tokwan di kampung..hmmm.
dalam kita mendidik diri, mentarbiyah orang lain, berdiri dengan rakan dalam jemaah, apa yang penting letakkan kepercayaan dan keyakinan pada dia. janganlah jadikan masa lampau sebagai alasan untuk kita mengelak dari berubah, tapi jadikanlah ia sebagai satu pengalaman hidup yang hendak diubah dan tak mahu diulang.
batu keras boleh dibentuk, inikan pula hati manusia yang Allah terang-terang nyatakan boleh berubah2 sekelip mata. tapi asasnya, berikanlah masa.
ada orang boleh berubah dengan sekali peringatan saja.
ada orang perlu diulang berkali-kali barulah mahu berubah.
ada orang diingatkan bukanlah dengan kata-kata tapi dari pengalaman hidup.
ada jugak orang yang berkali-kali diperingatkan namun tak mahu berubah-ubah.
namun pokok pangkalnya, letakkanlah sabar dan masa mendahului sifat tergopoh-gopoh dalam diri kita. masa lampau bukanlah pengukur persahabatan tapi indicator perubahan pada individu masing2.
apa2 pun, teruskan berada dalam lingkungan tarbiyah, terapkan sabar dan berilah masa utk anda dan rakan2 berubah.
Masa itu sebahagian dari rawatan
/Hassan Al-Banna




2 comments:
assalamualaikum..
saya syorkan sebuah buku
" Bagaimana menyentuh hati " written by Abas As-Siisi.
sangat sesuai untuk pentarbiyahan jiwa dan sesuai untuk "tackle" da'wah fardiah
jzkk atas cdgn tu.akan cuba cari
Post a Comment