Winter Camp 09, Yongmun - sangat susah nak cari gambar sendiri.
pulang saja dari kelas, berehat2 sebentar dan bergegas membantu Zafran memasak ayam golek. katanya nak mak Ical dah masak banyak lauk utk makan malam ni. (Ical ni roomate semasa di Intec;kami panggil dia Ocu...sbb aku Alongnya~)asam pedas mak Ical memang paling menarik hati malam ni. semua mata tertumpu. menunggu bila nak mulakan makan. tapi aku, sekadar menghadap makanan, menjamu dan bergegas pulang ke rumah untuk berehat. tiada mood malam ni untuk duduk lama dan bersembang dengan kawan2. mungkin kepenatan memenuhi tuntutan pelajar sehari dari 9am~5pm. balik rumah, terus tertidur.
dalam 1 pagi, kawanku dari Nagoya, Jepun tiba ke rumah. terima kasih Athir sebab tolong ambilkan diorang dekat airport. ketika tu, aku dah segar dari tidur. sempat berseloroh dengan Azhar (sekarang org panggil Jaha Gifu). hampir 2 tahun xbersua muka. dalam 330 pagi, aku minta diri dulu menjemput mereka utk berehat dl.
sempat kerling jam,"baru kol 330 ni, elok dah kalu bleh quran 2 muka". Alhamdulillah sudah solat sunat 2 rakaat, 2 muka Al Quran dan berdoa, aku duduk sebentar atas tikar solat. terasa tenang bila si hamba bertemu dengan Penciptanya.
masih mencari2 fitrah manusia biasa yg mahu menjadi luar biasa....
"Ya Allah, lapangkan hati dan tenangkanlah fikiranku. tunjukkan aku jalan keluar"...Amin




0 comments:
Post a Comment