Saturday, 14 March 2009

saya dan Korea

40D_5497
semua sedang tekun menjamah Mee Kuah resipi Umiyati. 

rumah kami baru sudah menjamu mee kuah kpd adik2 junior. Adib, Hakim, Zakwan dan Saufi, terima kasih datang ke penthouse kami ni. tak lupa pada Abe, Nizam, Umair, Raher dan Abu Zar. Ikhwan dan Arif tiada di rumah. mee dah habis, tinggal kuah je. mungkin awal pagi esok kena cari spagheti dan rebus utk cover malam ni punya. kalau tak, mengamuk dua2 orang tak dapat merasa mee kuah hehe...
aku seronok melihat orang menjamu selera terutama apabila yg dtg adalah junior2 yg aku anggap umpama adik2 aku sendiri. mungkin kerana aku punya 3 orang adik lelaki di Bertam.

post kali ini agak peribadi. Maaf kalau ada yang tak selesa, tapi sekadar perkongsian dan memang sendiri berniat untuk coretkan dalam post kali ini. 

keadaan di Korea sudah mula menampakkan perubahan yang baik.

jika 2 tahun dahulu, orientasi pelajar baru mungkin meletakkan 'ketegasan' sebagai pembentuk peribadi manusia, sekarang sudah mula beransur logik dengan approach yg lebih 'mesra' pelajar. 

jika 2 tahun dahulu, program agama hanya dibuat ala kadar saja, sekarang aktiviti surau, tarbiyah nampak lebih terancang dan disambut baik oleh pelajar. 

jika 2 tahun dahulu, kehidupan pelajar sering disibukkan dengan game, anime, dan majalah, sekarang pelajar sudah mula sibuk untuk mempertingkatkan kemahiran asas masing2. 

jika 2 tahun dahulu, pergaulan pelajar seolah2 longgar dan nampak kurang ruang batasnya, sekarang sudah mula prihatin melihat itu lelaki ke perempuan. 

jika 2 tahun dahulu, asalkan makanan tu tak ada ham atau apa2 yang tak halal, sapu je, sekarang sudah mula berusaha masak sendiri kerana takut syubhah makan di kedai yg bcampur2 menunya. 

jika 2 tahun dahulu, gap antara sonbe-hubei begitu dititikberat, sekarang bukan sonbe-hubei, tapi perasaan 'abang-adik' mula dirasa.  

sebelum aku fly ke sini, aku berasa yakin akan terselamat dari kejutan budaya, kerana yakin dengan didikan keluarga dan yakin dengan didikan 5 tahun di sekolah agama, namun apabila sudah hampir setahun di Korea, aku sendiri terasa janggal dengan bawakan diriku selama itu. sedikit demi sedikit barulah aku faham,tidak cukup sekadar bekalan yang telah dibawa sebelum ini, tetapi perlunya perhatian dan didikan yang berterusan dalam mengekalkan identiti muslim dalam diri. 

apabila dilihat-lihat semula ke belakang, aku lebih yakin apabila kita mahu kembali kepada islam yang sebenarnya, walau apa perubahan pun pada dunia ni, kita tak akan hilang punca. pengenalan kepada Islam ni tak akan tercapai sekadar dengan pembacaan sahaja, tetapi perlu kepada pemantauan dan praktikal dalam kehidupan harian, dan yang utama ialah perlunya kepada rakan-rakan yang sanggup bersama-sama dengan kita. 

tarbiyahlah diri dengan suasana yang tenang. binalah diri menjadi pemuda yang sejati. masa remajamu pendek, dan KAMU mesti menjadi lebih baik dari generasi sebelumnya.  

Hati manusia fitrahnya akan terisi dengan apa yang berada di sekeliling. seandainya tidak diisi dengan fitrah penciptaan, maka perkara lain yang melalaikan akan mengambil tempat.  
/Fath Yakan

6 comments:

Em Berg said...

pulangkan balek hak ak dan cikot~~

We Haus Enterprises said...

Baru dengar hadis ni dari kuliah subuh di masjid kata-kata umar abdulAziz"Aku selesaikan urusanku dengan Allah,maka Allah selesaikan urusan aku dengan manusia".terus thabat di jalanNya.

Anonymous said...

salam wbt

boleh kongsikan resepi mee kuah?

teringin nak cuba..^^

`Ammar Muhd said...

mudah je..,,

1. rebus daging lembu dgn bunjut, halia.
2. tumis bawang, cili kering, tomato puree (semua blend). dah pecah minyak, masukkan air rebusan tadi.
3. bila dkt mendidih, masukkn tomato, sawi, dengan telur. biarkan telur,xyah kacau.
4. garam, gula secukup rasa. tomato puree tambah jika perlu.
siap utk makan!!

selamat mencuba~~

credit to my mum for the recipe.

Anonymous said...

mencuri ayat2 dari blog orang itu hukumnya...hehehe

`Ammar Muhd said...

majlis fatwa kebangsaan xkluar fatwa lg pasal curi2 ayat dr blog ni :P