it was Autumn then...
nanti malam baru update...nak keluar dulu~~
[Updated]
aku sangat suka gambar di atas. seolah-olah buah pokok pine tu nak berada dalam background yg betul tapi hanya mampu melalui gambar.hmmm... mendalam sungguh. sama juga dalam hidup kita, adakala hati ingin berkata tapi hanya mampu tonjolkan selain dari suara. video, blog, lukisan, sajak, flickr~~hishh apa yg melalut ni?
sebenarnya post kali ni nak menulis ttg Bangcu Zaid. tahun ni masuk Spring ke 3 aku di bumi Korea, macam2 perkara berlaku dalam masa 3 tahun. dulu Zaid yg bersekolah di Maktab Mahmud, lari berpindah ke SMKA Irsyad kerana tak dapat catch-up bahasa arab katanya. hampir 2 bulan di sana, Bangcu menerima tawaran ke SBPI Kubang Pasu (kami panggil 'Sekolah Ulu' sbb betul2 terletak di sebelah sempadan Siam).
pada awalnya dia seolah-olah tak mahu berpindah ke sana kerana Irsyad dah sebati dengan jiwa. aku tak lupa untuk menelefon rumah memberi nasihat, bimbingan panduan pada dia sebab aku faham, umur2 begini memang perlukan pendapat dan nasihat yang betul. Umi dan Abu seperti biasa tak pernah memaksa mana2 antara kami beradik dalam memilih jalan hidup. nasihat dan pandangan tak pernah putus cuma keputusan 100% terletak di tangan kami.
2-3 hari sebelum hari pendaftaran sbpi, Abu beritahu yg Bangcu dah buat keputusan untuk berpindah ke sekolah baru. nak mencuba rezeki. "nampak makin matang dan nampak lebih yakin bila buat keputusan Bangcu ni". aku pun terasa begitu.
pesanku pada Bangcu,
merantaulah sejauh mungkin untuk mencari ilmu. selagi ada peluang untuk keluar ke tempat baru, pergilah. kawan-kawan sememangnya penting dalam hidup namun yang lebih penting ialah pengalaman hidup yang tak dapat orang lain nak berikan.
belajarlah mengurus hidup dengan baik kerana masih banyak tanggungjawab untuk diurus di depan. kalau berpeluang, buatlah kenalan seramai mungkin, tua muda, insyaAllah akan membantu awak untuk berfikir lebih panjang di masa depan. bila dah belajar jauh, jangan sama sekali lupakan tanggungjawab sebagai muslim, itu yang diajar Umi Abu sejak kita kecil.
kami semua akan terus memberi sokongan pada awak. asalkan ada kemahuan yang tinggi, insyaAllah akan berjaya.
dari abang yg jauh di Seoul.




2 comments:
ana nak suruh dia duduk maahad juga boleh???kehkeh...
It's so gooood to have somebody that can give advice to others especially to the siblings. Itu kelebihan kita jauh berjalan maka luas lah pandangan. Any simple advice is highly appreciated by abu & ummi. Muga2 anak2 abu semua rapat dan saling berteguran, bantu membantu, tolong menolong dan nasihat menasihati. Tq abang.
Post a Comment