Saturday, 18 April 2009

8hrs report

40D_1441
pagi tadi menghabiskan 8 jam untuk selesaikan report Mechanical Lab. aku, Athir, Ah Boi, Won joo, Jong Won bersengkang mata di library (bersengkang sebab tak dapat tidur petang) menyiapkan report tersebut. asalnya nampak mudah, tapi bila dah mula buat, makin pening kepala dengan rumus Fluid dan kertas yang makin menebal. tambahan pula kami banyak bergantung pada Won Joo hyong sebab dia antara pelajar Kigae yang dapat 4.46 hakjom tapi masih tak tersenarai dalam penerima dean`s list (full pointer 4.5). lega hati sebab aku dan Athir tak ada kelas pada hari Jumaat jadi boleh banyak membantu menyiapkan report. Ah Boi dan Jong Won sekali-sekala keluar pergi ke kelas. 

banyak cerita bertukar antara kami. 
Won Joo seorang yang serius bila buat kerja, sebab tu dia boleh dapat pointer yang hampir perfect. nota lecture dia pula tersusun dan kemas. even aku baca tak berapa faham sebab tulisan dia sangatlah shorthand, tapi aku masih boleh membaca dan dapat sedikit cara pengurusan study dia. 
Jong Won, asalnya adalah classmate Ah Boi, tapi kelas tu dah berpecah kepada 2 kelas. setengah masuk ke kelas aku. dia antara orang Korea yang sangat suka nak belajar bahasa melayu. yang paling kelakar bila dia cuba ajuk percakapan antara kami Malaysian dan bila dengar, macam bahasa Afrika pun ada. walaupun suka buat lawak, tapi ada kesungguhan dalam diri dia yang aku kagum. rasanya tak pernah aku tengok dia lewat hadir ke kelas. tak tahu la kalau aku yang lewat, jadi tak nampak. 

aku rasa semakin senang dengan kawan-kawan Korea yang aku kenal sekarang sebab tak semua orang Korea dapat melayan foreigner macam aku dengan baik. pernah ada beberapa pengalaman diskriminasi oleh orang Korea tapi bukan dalam post ni nak diceritakan. 

*terbaca link ni di Palestinkini 

2 comments:

fterd said...

4.46 hakjom tapi masih tak tersenarai dalam penerima dean`s list (full pointer 4.45).
4.46 bukan dah lebih 4.45 ke?

`Ammar Muhd said...

eh xprasan plak...cmni la kalu tulih blog pagi2 buta...