Sunday, 19 April 2009

yollamsil

time is ticking!
ucapan dari kims @ kimsnet.info 

pagi tadi cuba ke yollamsil studyroom di library. dari jauh nampak panjang orang beratur menunggu barisan nak masuk. "mesti penuh punya pagi-pagi ni". bila masuk ke dalam, sah! balik study di rumah je la....

2 malam lepas ke yollamsil. selepas sambut birthday Abe, sekitar 12.30am aku, Hanafi dan Ikhwan bergerak ke sana. "aku cari seat paling hujung sekali. nak balik, habaq tau!" ujar Ikhwan sebelum kami masing-masing bergerak mencari-cari tempat terbaik untuk study. malam ni, aku tekad nak habiskan 2 chapter hvac sebelum beralih ke subjek lain. 

bagi aku, Yollamsil ni pengudaraan tak berapa baik sebab terasa sangat panas dan berkuap. suffocated jugak kali pertama aku masuk situ. mungkin sebab masa tu, aku terpsikologi dengan cakap2 orang yang yollamsil ni untuk orang yan kuat study je. sebabkan agak panas, sweater cheetah yang aku gunakan sejak tingkatan 4 lagi, aku buka dan sangkut atas kerusi. 

"ya Allah, permudahkanlah bahasaku, pertajamkan fikiranku, tenangkan hatiku"
10, 20, 30 minit aku study, aku perasan orang yang lalu-lalang mesti pandang aku. takkan pelik kot foreigner study disitu. takpe..teruskan study sampai 2.30am.

tepat 2.30am, selesai 2 chapter hvac. kemas-kemas barang dan balik ke rumah. on the way balik di depan library, aku terpandang sebuah cermin disitu. "laa..patut la orang pandang2. rupanya aku pakai t-shirt Seouldae..! memang la orang pandang". (Seoul National Univ - top ranking universiti di Korea)
--------------------
mid semester exam for 2nd year Spring semester. 
mon - hvac, C programming
wed - static, chinese language 
thu - internal combustion, physics. 
all the best, my friends! 

*websites for those who want to do some reference.

0 comments: