Zaffran yang semakin cerdik & buas (macam Pak Njangnyer!)
beberapa hari lepas, dapat email comment dari salah seorang pembaca KiMSnet. boleh kata dalam diri, lebih bersetuju dgn pendapat beliau kerana kekuatan jiwa takkan dapat dibentuk kalau terus melayan perasaan jiwa2 ini dengan lambakan artikel, puisi, nasyid namun tiada mujahadah dalam diri untuk meninggalkan.
secara peribadi, pernah juga satu ketika terjebak dengan masalah jiwa2 ni, tapi selepas satu ketika, kita akan terfikir sendiri kebaikan keburukan pada diri dan jiwa. ketika tu, bila baca artikel, terima teguran berkaitan jiwa2 ni, terasa endah x endah tapi by time, perkara tu dirawat melalui siri tarbiyah yang diikuti dan Alhamdulillah sampai sekarang, terasa jiwa lebih tenang. seolah2 dengan perjalanan tarbiyah dan masa yang diberi untuk merawat penyakit hati ni, lebih meresap ke dalam hati. aku yakin kebanyakan manusia lebih senang dirinya diberi 'ruang untuk berubah' daripada diberi 'tekanan untuk berubah'.
aku lebih senang jika kawan2 diapproach dengan cara yang lebih mendekati jiwa. pillow talk, hati-ke-hati, sesi kaunseling, biarlah apapun dipanggil, yang penting adalah mendekati mereka. percayalah, mereka akan lebih selesa kerana diberi peluang untuk berbicara, memberi alasan dan akhir sekali barulah menerima nasihat.
pokok pangkalnya, belajarlah mengawal perasaan jiwa2 ni. macam mana kita nak menanggung masalah jiwa orang lain andai kita gagal mengurus jiwa2 kita dengan baik? Kita mahukan pentadbir umat, negara oleh mereka yang dapat mentadbir diri sendiri sebelum mentadbir orang lain.
things to ponder, my friends.
ps: andai tersalah, jangan segan2 untuk tinggalkan komen. biarpun terkena batang hidung, tapi anggaplah ruang tarbiyah itu luas.
----------------------------------------------------------------------------
ana dah pernah baca artikel ni dlu.antara top hit artikel ust maszlee.
komen dari ana.
banyak sangat berbincang tentang perkara ni pun sebenarnya boleh mencetus perasaan “lain”.tidak kira sama ada cara mengelakkan atau kisah pengalaman atau sebagainya.
ana menentang keras tabiat meletakkan status YM dgn nada jiwang(meskipun berunsur islamik).
wallpaper,atau apa2 gambar yang “jambu2″ meskipun ianya berunsur islamik.
ana juga tidak bersetuju sama sekali(절대로) dengan lambakan puisi2
jiwang meskipun ia berunsur islamik.
pada pendapat peribadi ana contents2 seperti ini menunjukkan “kelembikkan” para pembawa tarbiyah.
secara peribadi juga ana prejudis terhadap novel2 atau cerpen seumpama “khazinatul asrar”,”ayat2 cinta” dan sbg.maaf ana menghukum sebelum membaca lagi apakah isi kandungan bahan2 tersebut.
ana tertarik dengan status YM rakan kita baru2 ni.
“sebenarnya banyak lagi perkara lebih penting untuk difikirkan”
cadangan dari ana…kurangkan berbincang tentang perkara ini.
akhukum fillah.
----------------------------------------------------------------------------
4 comments:
the baby is cute... ^_^
ada part yang setuju. ada part yg kurg setuju.
mmg btol kalu kita cakap lambakan nasyid,artikel,puisi dsbnya akan menyebabkan perasaan dibuai2.
tapi kita perlu lihat jelas keadaan semasa di satu2 tempat.
dan yg plg penting, tiap manusia dapat hidayah dgn cara yg berbeza. mana tau artikel2 macam tu yg dpt beri pengajaran pada dia?
cuma nasihat dr saya, xsalah letakkan artikel2 camni utk bacaan tp jangan selalu. takut terbuai2 plak..
assalamualaikum..
ana tak berhajat nak komen panjang tentang ini. Bagi ana, tiada skema jawapan untuk persoalan ini. Selagi ia tak salah, tak tersasar dari tujuan, tidak salah rasanya. Jangan tegangkan leher ya? :p
Hidayah milik Allah. Mungkin masing2 akan tersentuh dengan cara tersendiri.
Bersetuju dengan pendapat akh, untuk mendidik jiwa manusia ni, secara tidak langsung jiwa kita pun perlu dididik sama. Kalau tak, takut2 kering di tengah jalan.
Untuk tujuan da'wah tarbiyyah, ana sarankan buku BAgaimana Menyentuh Hati karya Abbas As-Siisi.
( Tajuknya agak 'jiwang' bukan?..heh )
InsyaAllah buku ini ana rasa sangat praktikal, dan mudah difahami
xianni:that`s my nephew :D
khalisibr: wah lama menghilang. btw, ada benarnya.
cucutokjanggut: semlm ada sembang dgn kawan2 psl perkara ni, dan pendapat baru yg perlu direfresh dlm blog ni, tiap org dapat hidayah dgn cara berbeza. mungkin ada yg terkesan, mungkin ada yg baca kosong. apapun, trimas dgn perkongsian. insyaAllah lebih terbuka fikiran.
Post a Comment