Friday, 28 November 2008

i am happy!

40D_0415
 i spent my 3 days 2 nights `travel package` in Hong Kong International Airport. This was my hotel! 

"Aku kalau boleh nak jadi macam Bill Gates. Duit banyak. Hidup pun senang. Tak payah fikir apa2 dah" salah seorang kawanku menceritakan impiannya.

Saat itu, saya mula terfikir. Apakah benar Bill Gates sukakan dengan kehidupannya? Maksud saya, kehidupan dia yang lengkap dengan segala macam benda di dunia. Sekali petik, keluar benda yang dia mahukan.

Kadang2 kita tak pernah melihat apakah kita sudah bahagia dengan hidup kita..sedangkan kita sedang bahagia di saat kita berfikir itu. Cuba renungkan, andai kita teruskan dengan kehidupan kita dan berusaha memperbaiki berdasarkan realiti landasan hidup kita, bukankah kita akan jadi lebih bahagia?

Aku dengan caraku, dan kamu dengan cara kamu.

Janganlah dirungsing apa yang kurang pada dirimu tapi lihatlah dan bersyukurlah apa kelebihan yang ada pada dirimu.

Ada kisah seorang pengembala kambing. Hidupnya dahulu sangat miskin sehinggakan selesai sahaja solat terpaksa berkejar pulang ke rumah untuk bertukar baju dengan isterinya pula yang menunggu giliran solat. Pada satu hari, pengembala tersebut berimpi "Alangkah baiknya kalau aku diberi kesenangan nescaya aku akan lebih bersyukur".

Tak lama kemudian, kambing berkembang biak. Duit masuk melimpah-limpah. Namun sebaliknya berlaku. Jarang dilihat kelibatnya di masjid untuk sama-sama bersolat jemaah.

Begitu juga hidup kita, apa yang kita impikan akan mengorbankan sesuatu yang lain. Mungkin masa kita, mungkin harta kita, mungkin juga keluarga kita.

Apabila berjalan, pandanglah ke bawah.
Apabila mengeluh, pandanglah ke bawah.
Nescaya anda akan jadi lebih bersyukur.
Bukankah amat sedikit antara hambaNYA yang bersyukur?

0 comments: