Sunday, 23 November 2008

learn to....


"what is the greatest jihad in Islam?" 

"to fight the unbelievers in battle". 

selepas menonton filem pendek ini membuatkan saya termenung sejenak. seakan-akan perkara yang pernah kita dengar tapi DENGAR DAN TAK FAHAM!. dalam pemikiran sempit kita, kita letakkan medan jihad fizikallah penentu kemenangan hakiki tapi sebagaimana pesan Rasulullah kepada kita, "Jihad paling besar adalah melawan nafsu (evil) dalam diri kamu". 

tindakan Amerika menyerang Iraq, Afghan, pencerobohan Israel di Palestin, bahkan sejak awal kejadian manusia sekalipun akibat dendam (nafsu) Qabil terhadap Habil (5:27), maka berlaku pertumpahan darah yang pertama di dunia ini. semua kerana nafsu yang tidak dikawal. 

kalau kita meletakkan syaitan sebagai Double Agent (saya cakap Double Agent sbb lepas dia sekaki dgn kita, kemudian dia betray)...bagaimana pula dgn kita berbuat dosa di kala bulan puasa? Syaitankah dalangnya atau nafsu yang lebih dahsyat dari syaitan?

Sebagaimana seruan Nabi yang tiap orang tu seharusnya lagi baik pada hari ini daripada hari semalam dan hari esok lebih baik lagi dari hari ini bermakna tak ada dolak-dalih bagi diri kita untuk letakkan azam untuk lakukan perubahan dalam diri. 

Belajarlah menahan nafsu anda. 
Kalau anda kuat marah, belajarlah menahan marah kerana itu sebaik-baik manusia.
Kalau anda kuat makan (sebat semua), belajarlah makan berpada-pada kerana itu sebaik-baik manusia. 
Kalau anda kuat berdendam, belajarlah memaafkan kerana itu sebaik-baik manusia. 
Kalau anda kuat merajuk, belajarlah berkongsi rasa kerana itu sebaik-baik manusia. 
Itu semua nafsu, yang ada dalam diri kita, sejak kita lahir lagi. 

ps: to prevent is better than cure 

1 comments:

Anonymous said...

nice video.^^
sgt touching weh.