Friday, 22 May 2009

bunyinya ideal

blog dah lama xdiupdate. blogger yang bagus ialah yang selalu update blognya dengan post yang berkala. bukan dengan ayat2 yang gempak. nampaknya perlu lebih disiplin utk menulis blog. jadual mungkin? 

ada satu quote dari bahagian buku 'Asas-Asas Islam' yang kami gunakan sebagai bahan usrah mingguan yang cukup terkesan di hati. kami berbincang mengenai kepentingan ibadah kepada individu, keluarga dan masyarakat. bermula dari kupasan surah At Tahrim: 6, lebih jelas kenapa tarbiyah itu mesti bermula dari seorang individu sebelum berarah kepada ahli keluarga. 

bermula daripada tanggungjawab suami, isteri dan anak-anak, setiap tindakan mereka adalah ibadah sekiranya bertujuan dan berniat baik.

cuba bayangkan sebuah rumah dan keluarga dalam keadaan situasi sebegini. apabila muazzin melaungkan azan, seluruh ahli keluarga menyahut seruan itu. suami dan anak-anak lelaki segera ke masjid. ibu dan anak-anak perempuan segera menunaikan sembahyang di rumah. suami isteri saling nasihat menasihati. isteri menerima nasihat suami dengan hati yang terbuka. manakala suami menerima nasihat isteri dengan rendah diri selama mana pendirian tersebut mendapat keredhaan Allah. selagi mana matlamat, aspirasi, usaha adalah satu, maka perasaan dan sensitiviti juga pasti bersatu. 

andai adanya keluarga begini, yang nampak begitu ideal, kamu akan lihat mereka gembira, sedih, cinta dan marah yang sama. ikatan mereka dengan rumah dan ahli keluarga berpandukan setakat mana jauh dekat hubungan mereka dengan Allah. perbelanjaan mereka bergantung dengan keredhaan dan kemurkaan Allah. mereka tidak membelanjakan wang mereka kepada perkara yang dimurkai Allah. suami melihat rumah dan keluarga sebagai tanggungjawab dan amanah. dia bakal berdiri di hadapan Allah pada hari kiamat untuk dipersoalkan tentang isteri dan anak-anaknya. sementara si isteri dan anak-anak saling bekerjasama dengan suami demi mencapai redha Allah. oleh itu, rumahtangga tersebut hidup dalam penuh ketenangan dan keamanan, kasih sayang dan rahmat. 

pertama kali saya baca perenggan-perenggan di atas " macam ideal sangat je description dia ni". namun bila teringat isikandungan Tarbiyatul Aulad fil islam (tarbiyah anak-anak dalam Islam) yang saya selalu ikuti siri pengajiannya di Masjid At-Taqwa sebelum ke Korea, memang Islam menekankan pendidikan itu dicorak bukan selepas anak itu lahir, tapi sebelum keluarga itu terbina. maksudnya, kena draft dulu long-term family plan sebelum agenda lain.

tutup dengan ayat 82, surah al-An`am,
orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanandan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

semoga saya juga dapat mencapai ciri ideal ini satu hari nanti. amin. 

2 comments:

Anonymous said...

Jangan putus doakan untuk mendapat yang ideal..dan doakan semoga dapat yang terbaik..btw,lelaki memang betul2 memainkan peranan.yakinlah dengan janji Allah..lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..insyaAllah Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

pemuda kahfi said...

insyAllah,we stick together,dan sama-sama berusaha untuk capai target.