Friday, 1 May 2009

tabahnya dua hati

IMG_1695
minggu sebelum peperiksaan, aku dan Umair berulang-ulang kali mendengar lagu ni. mungkin kerana suasana pembesaran kami berdua yang hampir serupa, kami lebih nostalgic bila menghayati setiap bait lirik lagu ini. 
Dalam damai teratak sepi, 
menjelma pertanyaan menyentap hati. 
Bermainlah pilu sang isteri, 
membelai pipi permata suci... 

Ummi, di manakah abi? 
Bergetarlah bibir mencari.
Perlukah, kukisahkan apa yang terjadi. 
pada si kecil yang ingin mengerti, 
sayang, Abi kekasih ummi,
pergi mencari cinta ILLAHI.

Chorus 
Tidurlah sayang ummi dodoikan bersama dzikir mendamaikan. 
Bangunmu esok menjadi pejuang mujahid sepanjang zaman.

setelah melangkaui usia 20 tahun, barulah aku nampak kenapa Umi Abu bersusah payah membesarkan kami dengan didikan agama yang sempurna. aku masih ingat ketika kecil, Abu sering mengheret aku bersama ke Masjid Al-A`la di Taman Cahaya ketika kami masih menetap di Jitra. walaupun aku berada di saf belakang, solat main-main, tapi penerapan sejak awal menyebabkan selepas itu setiap kali Abu nak ke masjid, aku mesti akan ikut dengan baju melayu biru muda sepasang, kopiah putih jaring2 macam roti jala.

Umi pula tak pernah tinggalkan kami anak-anak kalau mahu ke program2 JIM sekitar Kedah. pernah kami berjaulah keluarga di Empangan Pedu. kalau ada kesempatan, nak sertakan sekali gambar disini. tapi apakan daya, jauh dari sumber. program anak-anak JIM di rumah Pakcik Amirudin (sekarang sudah jadi YB Anak Bukit). semua itu kenangan yang tersemat di dalam ingatan. 

Umi Abu sentiasa letakkan harapan besar kepada anak-anak, walaupun cuma seorang, supaya ada yang sanggup meneruskan kesinambungan tarbiyah masyarakat dalam keluarga kami. kalau dihayati bait lirik pada bahagian chorus, begitu besar harapan ibu ayah kepada anak-anaknya supaya bekalan agama, pesanan, nasihat penuh makna bakal menjadikan si anak itu seorang mujahid mujahidah yang akan menyambung perjuangan menyelamatkan umat ini. 

hati aku cukup sebak bila menulis post ini kerana mungkin agak sentimental, namun semua ini besar maknanya dalam hidup kami 7 beradik. walaupun satu ketika dulu, kadang-kadang aku cukup tak suka kalau diheret ke program2 ketika kecil, melihatkan kawan2 lain bermain bebas, tapi kerana jasa Umi Abu itu, ketika ini baru aku nampak kesannya dalam hidupku. 

Terima kasih kepada Umi Abu kerana membesarkan kami dalam suasana tarbiyah yang baik dan tenang. Jasa kalian hanya Allah sahaja yang layak membalas. 
Mudah-mudahan Allah tabahkan dan teguhkan hati aku terus di jalan ini sebagaimana Allah beri ketabahan dan keteguhan kepada Umi Abu.

[dipetik dari blog Umi]
Itu cerita 21 tahun lalu. Sejak berusia 13 tahun 'Ammar sudah belajar berpisah dengan kami. Kini 'Ammar sudah mencecah usia dewasa. Banyak keputusan besar dalam  hidup perlu dibuat sendiri. Hanya doa dari kami berdua agar Allah memudahkan segala urusannya. Banyaklah merujuk pada orang yang lebih dewasa agar tidak silap membuat keputusan.Ingatlah pesanan  dan harapan kami yang ternukil dalam ayat di bawah:

"Dan sesungguhnya inilah jalanKu yang lurus,maka hendaklah kamu ikuti, dan janganlah kamu ikuti berbagai jalan lain.ini boleh memecahkan kamu dari jalanNya.demikinlah kamu dipesankan dengan Nya ,semoga kamu bertaqwa" - Al An'am:153

2 comments:

Anonymous said...

AlHamdulillah abang cepat memahami kehendak hati umi dan abu.Semua ibu bapa inginkan yang terbaik utk anak2nya terutam anak2 membesar menjadi anak soleh dan solehah. Mak Lang MiSS

My Heart Draws A Dream said...

terharu baca entry ni..lang pon setuju dgn cara abu..byk ilmu dan hikmahnya kenapa kita didedahkan dgn bnda2 mcm ni dr kecik..lang pon realize bnda tu skang..syukur punya ibubapa yg concern mcm abu dan ummi...kita bleh serapkan pada anak2 kita nnt..insyaallah..