saya tak pernah menulis apa2 tentang politik secara terbuka apatah lagi di blog etc. tetapi apa yang berlaku di Perak benar2 membuatkan saya celaru dan keliru sebagai rakyat negara demokrasi.
kalau kita rasa Malaysia semakin hari semakin maju, itu benar. tapi kalau kita rasa Malaysia semakin hari semakin selamat, manusia hidup makin aman, makin sejahtera, fikir2 kanlah semula. ragut, rompak, arak penuh akhbar setiap hari. hampir 50 tahun lepas, berlaku 13 Mei, ketika itu atas sebab politik dan xwujudnya persefahaman. hari ni, juga 13 Mei, berlaku perkara yang hampir sama akibat manusia yang hidup tak sebulu. kulit sama warna, hidung sama panjang, rambut sama hitam, hati aje lain2.
kalau pemimpin kita sudah macam ni, macam mana nak diharapkan rakyat mengikut teladan mereka?
bersama post ni, disertakan link ke blog Ust Halim, "Jadilah Hamba Sebelum Ketua"
berusahalah kita menjadi hamba sebelum digelapkan mata dengan harta dan pangkat selepas menjadi ketua. saya tak memihak kepada mana2. sekadar perkongsian rasa sebagai rakyat negara demokrasi yang dah ada kelayakan untuk mengundi. fullstop!




1 comments:
benar, saya juga tidak petah berbicara isu politik. cuma yang paling asas, yang benar itu maha terang, jelas dan nyata. kenapa masih perlu bercakaran?. saya tidak pasti atmosfera di Malaysia bagaimana. adakah tenang, dan rakyat mengangguk setuju sahaja?
bila kenyang di suap hedonisme, budaya yang entah apa2, saya kira apa jua yang berlaku dalam khususnya dalam politik, anak muda khususnya yang mengaku muslim pasti bakal tak endah...alahai~
p/s: jika semuanya berjiwa hamba, mengaku dengan sebenarnya Allah sebagai Illah, berpaksi dengan al-Quran, insyaAllah segalanya aman.
Post a Comment