masa 1 jam, 4 soalan. nampak macam sikit. soalan 1 ok. soalan 2 ok. masuk soalan ke 3, bila dah habis kira, buat je penggantian, tiba-tiba keluar 2 unknown. saya jarang gelabah masa jawab exam tapi macam mana boleh timbul 2 unknown tu buat saya tiba-tiba gelabah. Im Kyong Bin kyosu (nama lecturer) dah mula bagi peringatan masa tinggal 5 minit. kira sekali lagi, still xdapat. last2 give up, skip ke soalan no4. 5 minit tadi saya gunakan sebaiknya untuk tenung soalan saja. tak tahu nak mula masukkan rumus apa. untuk tiap exam, mesti ada careless yang saya akan buat. walaupun saya jenis study konsisten, put some effort 2 weeks before exam, tapi tak pernah rasanya dapat fullmark melainkan masa sekolah rendah darjah 3-4 dulu. tu pun ujian mengira 1+1. teknik study kena adjust lagilah nampaknya.

selesai bab exam. pindah semula ke Kyobo tadi. turun2 dari bas, terus berjalan menyusur Jongro nak ke Rotiboy. dah lama dok tahan geram. sekali deret kedai tu tutup, under renovation. perut dah lapar berbunyi. nasib baik ada kedai pastry berdekatan, saya singgah beli blueberry pie dengan raspberry bagel. terus bergerak ke Kyobo, mencelah orang ramai pada hari tu due to Hari Pekerja, capai satu buku dan cari port. seperti biasa, rak Photography jadi tempat pertama saya akan pergi sebelum mencari buku2 lain. nampaknya stock buku2 photography dah makin banyak dekat rak. dulu satu bahagian, sekarang dah melimpah ke rak sebelah dan belakang. teruja tengok buku2 dengan gambar2 yang lawa.
Selesai cover-to-cover 'Before Green Gables', tak sedar jam dah dekat pukul 5. asar belum lagi. before keluar, sempat grab a travelguide of E _ _ _ _ (isi tempat kosong) bayar dan bergegas balik ke rumah.
kalau orang tanya apa favourite past-time? mesti ada 2 jawapan, photography and reading.





2 comments:
huh?
travel guide to Egypt?
Owh...sila beritahu dgn lbh awal. nk tempah brg...he3
org pertama teka...jwpn akan kluar dlm 3hari lagi hehe..
hint:tarikh due 3 ~ 23 Ogos
Post a Comment