Seoul Olympic Park, winter - it was cold that day. very cold! and we were freezing to death. Nizam almost got hypothermia lol
kalau dalam keadaan waras, kemungkinan majoriti akan perlahankan motor dulu sebelum membelok. kenapa? kerana mungkin sifat tergesa-gesa anda akan menyebabkan anda terbabas dari jalan, terjatuh lalu mengambil masa yg lbih lama utk sampai ke destinasi.
pilihan yang pertama adalah sikap yang tergesa-gesa, kemahuan utk mencapai sesuatu tanpa berfikir panjang. manakala yg kedua adalah menyegerakan. mungkin keduanya lebih kurang sama menurut fikiran kita tapi berbeza maksudnya.
dalam hidup ni, ada ketikanya kita mahu mencapai sesuatu dengan secepat mungkin tapi tanpa perancangan, penelitian, dan perbincangan, mungkin tindakan yg diambil itu bakal meragut masa depan yg lbih elok.
cthnya dalam hal bernikah. xsalah kalau kita menyegerakan sebab memang dianjurkan utk kita segerakan bernikah, cuma yg dirisaukan bila ada yg bertindak terburu-buru, tanpa berfikir panjang, belum cukup persediaan diri, perbincangan masih belum lengkap, keadaan inilah yg akan membawa mudarat pd diri anda sendiri.
jalan yg lurus umpama masa yg lapang, masa ketika masih bujang. selekoh pula umpama proses peralihan menuju status baru dan jalan yg akan dilalui adalah kehidupan keluarga selepas bernikah.
jadi, kalau anda tergesa-gesa dan terjatuh ketika di selekoh, bagaimana hendak mengharungi perjalanan yg seterusnya dalam keadaan sakit?
rancanglah masa depan, persiapkan diri dan kemudian laksanakan dengan segera, bukan dengan tergesa-gesa.
ada satu kata-kata Rasulullah yg selalu aku jadikan pegangan.
"mintalah fatwa dari hatimu. Kebaikan itu adalah apa-apa yg mententeramkan jiwa dan hati. Dosa pula adalah apa-apa yg syak dalam jiwa dan ragu-ragu dalam hati, walaupun orang lain memberikan pendapat kepadamu dan mereka mengiyakannya"
ps : just finished read from cover-to-cover "Kupinang Engkau dengan Hamdalah" by Mohammad Fauzil Adhim. highly recommended for those on the transition esp to k lang, rehan. (>_<)




10 comments:
alah amar,dia yg sejuk ckp org,aku cool je masa tu.haha
alah blaja bg abih dulu,gatai nak kawin no,haha
dahla ngorat kawan aku..haha
eh eh apa ni nizam? tau la debater,xnak ar lawan ckp ko
apa transition2?:p..
org nak kawin lambat lagi laa..
kek marble pun xperfect lg buat..huhuh
yosh..mari kawin beramai2 lepas habis study.
p/s:ammare ada gaya nak langkah bendul..;p
kek marble nk bt hantaran ke? huhu
apa salah bc buku. dr tdoq xbuat pa cuti2 ni
cepat balas comment..sah xde keje..
xdela,teringin nak makan kek marble..tp marble effect tak berapa jadi..huhu..jadi tompok2
kkk rs mcm post kali ini sdkit sbnyak tertuju kpda insiden kak lang bru2 ni...ssi sgt diberikan kpda org it..huhu...
marriage is not a bed of rosses...if u dont handle it with love n care, u will be prick by the thorn n maybe bleed..huhu
sng kata..njoy hdup single slagi boleh kerana once u are married, semuanya berubah...hai perasaan, commitment, responsible..hahahha
but life feel more fullfilling n bliss
sbb tu diulang, biarlah segera..tpi bkn tergesa-gesa.. xkisahlah tuju kpd sapa2 pn.
kalau dh ada perancangan dan sedang laksanakan,insyaAllah teruskan dgn perancangan tu.
amar dah nak kawin.calon dah jumpe katenye.ape2 pon,aku doakn ko sentiasa bahagia mar^^
jgn dilayan amy ni. makin dilayan, makin byk angin masuk dlm kepala... -_-~~~
Post a Comment