2 hari lepas, sempat utk mengikuti demonstrasi aman utk Palestin di hadapan Israel Embassy anjuran pelbagai badan kemanusiaan di Korea. hampir 500 orang berhimpun di hadapan Bosingak, berhampiran Cheongyecheon. aku sempat ke sana bila dimaklumkan oleh org masjid yg akan diadakan perhimpunan aman di Jonggak. cuaca sangat sejuk ketika tu (-10c) tapi boleh dilihat semangat dan kesungguhan orang2 korea ni dalam melakukan kerja walaupun ada macam2 halangan.
apa yg menjadi perhatian, ada antara speaker yg bercakap di atas pentas, memahami isu Palestin - Israel bukan sekadar isu kemanusiaan biasa tapi memahami kenapa Israel merampas masuk ke negara orang itu. polis seperti biasa mengikut protokol demo2 di korea (korea ni terkenal dgn negara demo...cuma belum ada kurikulum pasal demonstrasi je -_-" ).

dari pemerhatian aku selama hampir 2 tahun di sini, sikap orang Korea yg suka mengambil tahu satu2 hal secara serius yg menyebabkan Seoul boleh membangun 5x lebih pesat berbanding Kuala Lumpur. andai Allah takdirkan Korea akan menjadi negara Islam, aku yakin ajumma ajossi di sini akan jadi orang Islam yg paling rajin dan bersemangat dalam menyebarkan Islam.
selesai ucapan oleh wakil2 badan kemanusiaan, persembahan sajak musikal dll, kami mula berarak ke kedutaan Israel berhampiran dgn di hadapan diusung keranda diselimuti bendera Palestin. nampaknya orang Korea juga sayang dgn saudara2 kita di sana. since embassy terletak di tingkat 18, (Kedutaan Israel jarang berada di atas tanah sendiri..kebiasaannya menumpang di bangunan orang supaya sukar diaccess) kami hanya dapat berhimpun di bawah.
pengalaman berdemo buat kali kedua di korea (kali pertama masa isu `lembu gila` - FTA) pasti menjadi satu kelainan berbanding negara2 lain. orang Korea jenis yg tidak mudah putus asa, andai perlu mati sekalipun utk perjuangkan satu isu, mereka sanggup berdemo walau dipukul teruk oleh polis dsb. selain arak dan kimchi, demonstrasi juga mungkin boleh masuk dalam list tarikan pelancong ke Korea.
-----------------------------------------------------------------------------------------
sudah masuk hari ke-19 Gaza terus dibedil oleh tentera Israel laknatullah. resolusi PBB sudah pun dikeluarkan namun ditolak mentah oleh Israel dek angkuhkan sifat mereka dan bongkaknya Yahudi sepertimana disebut dalam Alquran

"dan telah kami nyatakan kepada Bani Israel di dalam kitab itu, "sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau" /al-Israa` 17:4
dalam kesombongan Israel terus melanggar etika kemanusiaan, kita yg berada jauh dr Gaza, Lubnan, Sudah dll, jangan lupa teruskan berdoa dan bermunajat kepada Allah agar kekuatan doa menjadi pendorong saudara kita di sana.
janganlah kita hanya kuat melaung "Boikot barang Israel" "Jangan makan McD", forward mesej YM tapi dalam masa sama di rumah kita terus dengan barang2 yg dapat kita elakkan penggunaannya (coke etc). bukankah mengubah sesuatu dengan daya kita merupakan sebaik2 iman?




0 comments:
Post a Comment