Tuesday, 6 January 2009

little nephew

P1000108
1 Muharam lepas cukup 6 bulan anak sedara yg sulung, Zaffran aka mzr. kenapa tiba2 naik cerita psl mzr? sebab dia adalah cucu pertama dalam family.

selalu jugak ikuti perkembangan psl mzr dari kakak. daripada dia kecik, suka merengek sampailah ke tahap dia dah boleh guling2 sendiri. kaki, tangan dia kuat, panjang ikut genetik ayahnya yg ahli Palapes. kening lebat mcm ibunya.  mzr boleh aku katakan cerdik sebab masa dia kecil pn dh nampak development dia yg cepat. 

ada seorang kawan aku pernah tanya "apsal excited sangat psl anak sedara kau tu?"

jawapannya mudah ja, aku memang sukakan budak2 sejak dulu lagi. mungkin dah terbiasa ikut umi ke tadika, pergi teman ke program2 dan diminta tengok2 kan anak2 pcik mcik sementara mak ayah mereka usrah. cuma yang lainnya, zaffran ni boleh la dikatakan aku yg menyambut dia lahir semasa cuti summer lepas. 

ketika ni, aku berada di Kelantan bercadang untuk temankan kakak di rumah ketika hampir2 dekat dengan due bersalin memandangkan Abg Upi tak dapat cuti. pagi Jumaat 1 Rejab, temankan Abg Upi pergi ke pasar beli barang2 rumah, seronok dan teruja dengan suasana pasar di Kelantan. terasa lain benar setelah hampir 1 tahun setengah pergi ke sijang (pasar) dengan dikelilingi ajumma ajossi dengan bahasa yg jauh sekali dari dialek kelantan.

pulang dari pasar, kakak yg sejak dari semalam mengadu sakit, ditemankan kakak ke HUKM utk check dan stand-by sebab katanya dah contraction utk bersalin. jadi, tinggallah aku seorang di Pasir Tumbuh tu ditemani remote Astro sejak pagi sampailah ke petang. bila lepas Maghrib , aku jadi hairan kenapa Abg Upi xbalik2 lagi, call handphone pn xangkat. dalam keadaan xtenang tu, tiba2 ummi call tanyakan "Pak Njang (gelaran utk aku) xpergi tengok anak sedara ke?". terkejut jugak dengar sebab xberitahu sapa2. tapi kalau dalam keadaan macam Abg Upi pun, mungkin aku sendiri akan terlupa untuk maklumkan lebih awal. apa pun, dalam hati aku bersyukur kepada Allah kerana anugerah penyambung zuriat umat Muhammad SAW. 

esok petang barulah berkesempatan menjengok baby Zaffran pada petang 2 Rejab bersama umi abu yg baru tiba dari Penang dan tak dilupa untuk mengambil gambar Zaffran ketika berumur 1 hari. (my first baby`s picture collection). 

dan apa yang buat aku tersenyum sendiri, semasa dalam perjalanan ke kereta hendak pulang ke Pasir Tumbuh, ada seorang pakcik di sebelah kanan aku menegur dalam lif.
"Anak ni mari tengok oghe rumah ke?". bila ditengok kiri kanan, aku dengan pakcik tu je dalam lif tu.  rupanya pakcik tu tengok aku baru turun dari wad bersalin sambil mengendong beg peralatan baby bercorak Pooh di sebelah kiri! 

"err pakcik...saya tak kahwin lagi. mari tengok kakak saya~  >_<"

ps: apa agaknya rupa Zaffran bila aku balik winter depan?

6 comments:

Anonymous said...

oghe umah mu sinae kan?
hehehe^^

`Ammar Muhd said...

ko laju je komen,amy...btw sinae ok je..tp siapakah `sinae` dalam cerita ni?

Rexraihan said...

comelnye mzr..
lama xtgk,dah besar dah..

Lady Qay said...

alahai...gmbr bilik bersepah tuh la gak yang awak letak..huhuhu...

Anonymous said...

haha
nmpk sgt muka kamu tua =p

bila kamu blk winter depan beliau dah pandai jalan kot
serta bercakap secara sedikit

`Ammar Muhd said...

err cuba bezakan antara tua dgn matang.. sekali lagi, matang!