seharian dihabiskan disana. kami pelajar2 Malaysia yang berbaki disini, berkumpul di satu tempat dan ketika game antara Malaysia dan Denmark (Peter Gade), seolah kamilah yang ada di stadium tu. bersorak dengan sorakan biasa di stadium2 Malaysia. 'Malaysia Boleh'. ada ketika orang Korea disekeliling tumpang bersorak dan ada juga yang memandang dari jauh seolah Malaysia ni bukanlah negara yang hebat dibanding dengan negara mereka.
namun, permainan Lee Chong Wei yang mantap menafikan telahan orang-orang Korea. ketika Chong Wei mula menguasai perlawanan pada set ke-2, barulah ada muka-muka Korean yang baru mula bersorak memberi semangat. jangan disangka rakyat kamu senang, negara kamu maju, kamu hebat semua! Set ke-3 kurang menyerlah bagi Chong Wei. ketika cuba mengejar mata di hujung set ke-3, Peter Gade lebih tangkas memungut mata terakhir.
kami terus berada di stadium sehingga tamat perlawanan terakhir hari itu iaitu beregu lelaki. aku pada hari itu lebih teruja mengambil gambar dari memberi fokus pada perlawanan. pada aku, sport photographer sememangnya memerlukan kesabaran dan pengetahuan on how to manipulate your lens and camera to catch the fast-motion subject. entah pernah terbaca dimana, salah satu cara, gunakan MF (manual focus) supaya kamera xperlu mengejar pergerakan pemain atau kalau kamera yang AFnya laju, gunakan mode AF Servo utk focus yang lebih laju.fokus pada seorang sahaja pemain sahaja dalam satu2 masa, xperlu kejar semua pemain yang ada.
sejak mula guna 40D ni, rasa berpuas hati dengan performance sebab boleh kata semua jenis gambar dapat diambil dengan baik. 6.4 fps (frame per sec), sapa yang xpuas hati!
doakan perjalanan esok selamat dan berkat. amin.




2 comments:
i went on friday...so din c u>.<
tgk la....nanti...40d sebijik gi beraksi.......wait for the next 2 years...insyaAllah
Post a Comment