Saturday, 17 January 2009

di laman itu

P1000249
semenjak 4-5 hari ni, selalu rasa x sedap hati. walau apa yg dibuat, pasti ada satu benda yg asyik terlintas di kepala. ketika majlis tahlil tadi pun (ibu kepada seorang junior aku baru sahaja meninggal, dia xsempat bersua muka), aku sendiri tersentuh bila sedang menyampaikan tazkirah. lebih merenung diri sendiri. 

Wan diserang strok kali kedua pada awal pagi, 12 Dis 2009. bila dapat sms dari kak lang, terus bangkit dari tempat tidur, ambil wudhu` dan solat 2 rakaat minta Allah bagi ketenangan. pada awalnya, berkira-kira untuk ikuti perkembangan Wan dari family di Malaysia tapi selepas hampir seminggu, aku tekad untuk balik membantu apa yg termampu. dapat tolong hantar adik ke sekolah pun aku dah sudi supaya Umi Abu dapat tumpu pada Wan. mungkin baru sahaja pulang bercuti 6 bulan lepas, tapi kadang2 atas desakan keperluan lain, gunakan pertimbangan yang Allah bagi pada hati manusia. 

aku masih ingat ketika kecil, di rumah Maktok Wanlah kami anak-anak Cik Mat dan Kak Ti membesar. manakan tidak, hampir setiap kali raya, kamilah penyambut tetamu wajib di sana memandangkan rumah kami lebih hampir dengan kampung Abu berbanding Umi yg nun jauh di Kg Baru, KL. mungkin aku lebih rapat dengan Maktok Wan sebab ketika Maktok KL, Atok meninggal, aku masih dikira kecil dan belum memahami erti sebenar kasih ikatan sebuah keluarga. 

dulu masa kecik2, selalu kami, cucu2 Wan yg sulung (kakak, Ngah, Lang, Rehan, Nawal, Nabilah, dan kdg2 Syidi, Rizal) akan bermain 'Toi' di halaman rumah yg penuh berdebu tanah merah. kalau balik kampung, apa yang kami tunggu mestilah selepas solat Asar, main Toi dan beli roti berkrim dari Pak Din. bila tiba musim berangin pula, Abu selalu bawa anak2 pergi ke bendang Wan untuk main layang-layang. Walaupun bendang tu sekarang bukan lagi atas nama Wan, tapi aku lebih suka menyebut `bendang Wan` sebab situlah landmark yg paling mudah utk aku ingat di mana kampung aku. 

mungkin kerana kenangan2 itu yg membuatkan kami lebih rapat dengan Wan Maktok. selalu telefon Titi Gajah tanyakan khabar mereka di sana. dan 2 tahun di sini, belum pernah terlepas untuk menelefon ketika bulan puasa atau paling kurang, ketika pagi/malam raya. 

moga pertimbanganku tepat. 

Moga Wan cepat sembuh.

Amin

3 comments:

Anonymous said...

pada awal pagi, 12 Dis 2009(merujuk kepada blog)
aku rasa pada awal pagi,12 Januari 2009 kan.

`Ammar Muhd said...

aah...tq. silap tulis :D

Kalam Puncak said...

Salam, moga dapat ketenangan..
Iringan doa yang tidak putus2 jgn dilupakan..

Moga Allah tunjuk jalan keluar