Saturday, 3 October 2009

POST TERAKHIR

Alhamdulillah, apa yang dirancang saya telah berhasil. dah lama mengidam nak ada domain sendiri, buat web sendiri, design sendiri. akhirnya, hari ini 3 Oktober 2009 berjaya juga disiapkan photoblog ni.

"thewalking50mm"..kenapa walking 50mm? kalau kita tengok kamera yg menggunakan lensa 50mm, skalanya sama dengan mata manusia. boleh kata mata kita ni umpama lensa 50mm yang sentiasa berjalan melihat dunia. jadi maksudnya ialah perjalanan hidup saya, akan saya cuba rakamkan dalam photoblog ni.

walaupun banyak feature baru, mudah control untuk macam2 perkara, tapi saya terpaksa kuatkan semangat untuk ucapkan selamat tinggal pada tapak blog ni yg dah lama berjasa. 95 post sejak 7 Oktober 2008.

kepada yang mengikuti blog ini, terima kasih atas sokongan anda semua. tanpa pembaca seperti anda, siapalah penulis kecil seperti saya ini.

dengan rasminya, inilah post terakhir saya disini dan saya alu-alukan ke laman baru saya di http://www.walking50mm.com/ammar/

wassalam

`Ammar Muhammad


Wednesday, 30 September 2009

langkah ke syurga

IMG_8237
tak ada pasangan lebih romantik dari Ummi dan Abu.

Selamat menyambut Ulangtahun perkahwinan ke-30.
moga Umi Abu berdua kekal bahagia dan sihat selalu. moga kedua2 mu melangkah ke syurga bersama-sama. Amin...

walaupun lewat sikit dr tarikhnya (10 Syawal), kira orait lah kan! hehe~

Thursday, 24 September 2009

pohon diberi petunjuk hidup

Mersa Matrouh (Abyad Beach)
Abyad Shatii(Pantai Putih), Mersa Matrouh. 200km fr Alexandria, EGYPT.

kadang2 diri ini keliru,
memilih jalan hidup yang mana satu,
kembalilah kepada yg Satu,
moga2 Dia memberi restu.

Tuesday, 22 September 2009

Post-Aidil Fitri 09

raya bersama ungu
second day of Eidul Fitr.

semalam selamat berhari rayalah. bangun pagi, cuaca sangat baik. menyambut hambanya yang mahu bertakbir di Kedutaan pagi tu.
aktiviti awal pagi raya, seperti sudah menjadi sebati dalam hidup, mesti akan buat sesi salam kemaafan ahli rumah. xkiralah ahli keluarga sedarah sedaging atau housemate seperiuk sebumbung. 3 tahun beraya di sini, pertama kali dapat duit raya! dari tangan Napi.

sekitar 7am sudah bertolak ke Kedutaan di Hannam-Dong. melangkah je keluar rumah, tiap mata Korean tertumpu pada kami yang berpakaian serba kemelayuan. pelik barangkali!

perkara pertama saya buat sebelum bertakbir ialah repair kuah soto. rupanya bila sampai ke rumah malam semalam, baru teringat saya belum masukkan garam lagi! nasib baik belum serve pada tetamu.

soto, lemang, nasi impit, lontong, rendang ayam Ajoi, rendang daging, briyani Uthmaniah, kuih muih, puding, bihun goreng, dodol. panjang lagi agaknya list sampai saya tak ingat apa yg saya makan.

tengahari saya sudah bersiap2 mahu balik ke rumah. terlalu penat untuk sambung beraya di rumah Dato` Duta dan terlalu penat untuk bersembang dan bergambar lagi. on the way balik, sempat menelefon keluarga di Titi Gajah. seronok dengar masing-masing sihat dan gembira di pagi raya. rindu nak berkumpul beramai-ramai, makan rendang Ummi dan bergambar di tangga depan rumah Mak Tok tu.

Syukur Alhamdulillah! walaupun beraya di perantauan jauh berbeza dari beraya dengan keluarga di Bertam, tapi semangat keluarga disini sudah ada. teman-teman yang ada sudah saya anggap macam keluarga sendiri. kadang-kadang ada yang kita suka, ada yang kita menyampah, tapi memang itu adat bersaudara. mesti ada masam manisnya.

`ala kulli hal, Selamat Hari Raya lah saya ucap pada semua! maafkan saya andai pernah terkeluar kata-kata yang kasar, ayat-ayat pedas, terover-acting atau buruk sangka pada mana2 individu. saya doakan semoga apa yang kita belajar di bulan Ramadhan dapat menjadi bekal kita untuk 11 bulan yang akan datang.

Kullu `am wa antum bi khair (saya tlg translatekan... "semoga cemerlang sepanjang tahun!")

ps: walaupun hari ni demam sampai terpaksa ke hospital, tapi semangat ke kelas dan beraya masih kuat! insyaAllah gambar akan menyusul kemudian.

Saturday, 19 September 2009

pre-aidilfitri `09

40D_10232
agaknya sudah terlalu lama saya tinggalkan blog ni tanpa post baru. 1 bulan di praktikal di industri, 1 bulan merantau di bumi Mesir dan Turki, 1 bulan lagi baki menyesuaikan diri untuk menempuh semester baru.

alhamdulillah dah sampai akhir semester pengajian Diploma saya di Dongyang Technical College. cuaca semakin sejuk. tanpa sedar, ini sudah masuk Autumn saya yang ke3 di sini. ramadhan dan raya juga sudah yg ke3 kali di sini. dah makin besar dan dewasa rupanya kita ni.

kepada yang mengikuti blog yang tak seberapa ini, di kesempatan ini, saya ucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin andai penulisan saya, tindakan saya, kata-kata saya pernah menyentuh kalian secara sedar ataupun tidak. untuk pengetahuan, saya dalam proses untuk memindah blog ini ke domain yang baru. sekadar untuk lebih serius dan menambahbaik apa yang kurang di blog ini.

akhirul kalam, moga Ramadhan kalian, juga Ramadhan saya, adalah yang terbaik dan kita keluar mendapat keampunan dan rahmatNYA.

kullu `am wa antum bi khair!

ps: perasan x byk guna bahasa arab dah...? penangan Mesir~ :D

Tuesday, 7 July 2009

mengesat peluh di dunia untuk menuai hasil di akhirat

pernah tak kita terfikir kenapa Al Quran itu dimulakan dengan surah Al Baqarah? tambahan pula, bila tengok maksudnya, seolah Allah nak ceritakan yang dalam dunia kita ni, akan ada 2 golongan; yang beriman atau yang kufur.

dalam ayat 1-5 surah Al Baqarah digambarkan kepada kita jenis manakah yang kita mahu, samada kita orang yang mengaku bertakwa; yang beriman kepada perkara ghaib, melakukan tuntutan ibadah, dan yang menginfaqkan sebahagian dari wang sakunya lillahi taala.

ciri orang bertakwa merangkumi semua perkara. dari aspek perkara ghaib sehinggalah ke periuk nasi setiap insan. bila kita menjadi hamba yang jelas dan yakin dengan perkara ghaib, maka apa-apa yang berkaitan dengan dosa dan neraka akan kita elak, dan apa-apa yang memberi pahala dan mendekatkan kita dengan pintu syurga akan kita usahakan sedayanya.

hidup di perantauan hampir 3 tahun, pelbagai jenis manusia pernah saya kenali. ada kawan yang bila buat checklist ciri-ciri hamba bertakwa di atas, hampir lengkap kesemuanya. namun ada juga yang mendirikan solat namun bila bercakap soal amanah, yang melibatkan perkara ghaib yakni dosa pahala, mengucap panjang kita dibuatnya.

setiap kali mulanya semester baru di Dongyang Technical College ni, pasti saya akan memilih-milih subjek mana yang boleh ditransfer credit ke universiti pada tahun pengajian ketiga nanti. namun sedarkah saya apakah pernah mengira-ngira berapa credit hour yang kita boleh transfer berdasarkan subjek `amalan` yang kita lakukan dalam setiap semester hidup kita? takut-takut kita bersusah-payah dan berjaya menggenggam ijazah di dunia tapi ketika sampai di akhirat, buku amalan kita kosong dan nampak tiada usaha. alangkah ruginya kita!

belajar-belajarlah mendekatkan diri dengan Al Quran, cepat-cepatlah mendirikan solat, berlumba-lumbalah kita menghulurkan sebahagian dari wang saku kita untuk jaminan bahagia kita di akhirat. sebagaimana kita berusaha dalam pelajaran untuk diri kita, begitu juga kita beramal untuk keselamatan diri kita di sana.

moga kita terus beramal!

Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan sembahyang serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari Akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya
/al-Baqarah 2: 1-5

Wednesday, 1 July 2009

At-Taubah:24

Seaweed Ajossi (color)
Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.

Wednesday, 24 June 2009

kualiti usrah

IMG_0016
bertahun-tahun saya terlibat dengan apa2 organisasi dan menguruskan program sekian2. cuma baru saya sedar rupanya xsesukar mana kita nak anjurkan program tapi sangat sukar sekali untuk kita follow-up selepas itu. nampaknya masih banyak lagi yang perlu saya belajar. bak kata orang tua "ikut resam padi, makin berisi makin tunduk".

usrah seperti yang dilihat kebanyakan orang bukanlah sekadar untuk mengadakan Winter, summercamp, buat autumn Gathering, riadah, trip ala bagai. itu semua hanyalah medan untuk merealisasikan tarbiyah. ibu yang utama dalam sistem tarbiyah adalah usrah. itu aje. kadang2 kita terlampau asyik mengada dan meramaikan program tetapi jarang sekali kita sedar, nak memaintainkan diri dengan tarbiyah yang betul amatlah kurang kita jaga.

berkesan tak berkesan, kenalah tanya diri kita semula. sejauhmana aku dah luangkan sedikit dari masa2 'sibuk' aku untuk amal diri, sejauhmana aku sanggup keluarkan sedikit dari duit elaun bulanan aku, dan sejauhmana pula aku komitmen untuk bersama-sama meringan dan menggembirakan hati ikhwah2 di sekeliling kita dengan sedikit sumbangan tenaga kita?

ps: esok akan ke Seokcho untuk 3D 2N. doakan perjalanan selamat pergi dan balik!

Monday, 22 June 2009

Happy Abu`s Day

saya baru pulang dari aktiviti batch. kami pergi berafting di Hantan River. quite a very calm, refreshing moment and yet sooo beautiful to describe. maybe in the next post. well, before i went there, if found a few similarity between me and my Abu, which are travelling, reading, and photography, and during his student`s year, he said he loved to cook also (this one i cant confirm because i never saw him cooking at my Ummi`s kitchen for a looong time heheh~).

kadang2 kawan selalu bertanya,"kenapa kau panggil ayah 'Abu' haa? bukan kalau 'Ummi', patut kena panggil 'Abi' ke?". though until now, i didnt manage to find the answer but now i found one, it made my dad so special than others. when ppl calling theirs as Abah, Ayah, Papa, Aboji, yet we call Abu as Abu. sounds special, right?

saya masih ingat ketika kecil, Abu tersangatlah garang dengan saya. sebab apa pun tak tahu (padahal buas macam apa). memandangkan saya anak lelaki sulung dalam keluarga selepas 3 orang puteri, mungkin Abu punya harapan yang lebih besar pada anak lelaki sulungnya ini. masih ingat dalam kepala beberapa kali diikat di tiang sebab tak mahu pergi ke sekolah, yang akhirnya Ummi datang pujuk dan Abu masih bersikap selamba. rotan usah dicerita entah berapa kali. jangan disalahkan Abu, tapi sebabkan saya yang terlalu buas. masuk rumah orang, panjat kerusi, terjun. nasib tak baik, seluar tersangkut dekat bucu kerusi, tersembam terus ke lantai. hilanglah satu gigi. memang logiklah kalau Abu nak didik dengan cara yang sebegitu. kami adik-beradik cukup takut kalau Abu keluarkan rotan kecil tapi berbisa. setiap kali buat perangai, mesti kena libas. cumanya yang pasti, Abu tak pernah rotan atau tampar bahagian2 badan yang sensitif seperti yang Nabi ajar. tapi sekarang ni, Abu dah agak lenient dengan adik2 yang di bawah memandangkan ada yang lebih besar dari mereka untuk menjadi contoh teladan.

in term of giving the best education to their childrens, Abu adalah yang terbaik. Abu berjaya sekolahkan kami 7 beradik dengan makan, pakai, buku, alat tulis yang cukup. mungkin kadang2 terasa kurang bila dibanding dengan orang yang lebih berada, tapi bagi kami, apa yang Abu bagi adalah yang terbaik. Abu banyak mewarisi sifat Wan dalam hal pelajaran ni. biarlah duit kita xcukup dan terpaksa berhutang sekalipun untuk pastikan anak2 mendapat pendidikan yang terbaik. saya sangat salute bab tu! education comes first, entertainment, curtain raya, sofa baru comes later! biarlah kita kaya dengan ilmu yang akan berguna for the whole life, walaupun kurang duit yang berguna hanya seketika. kalau pendidikan agama pula, selain SMAP Kajang, sebelum tu saya tak pernah pergi ke mana2 sekolah agama hatta kelas mengaji fardhu ain sekalipun. PSRA?? apa tu? saya memang tak pernah ke kelas petang agama. tapi pendidikan yang Abu dah provide pada saya insyaAllah saya nampak mencukupi sehingga sekarang. pada awalnya agak kekok untuk masuk ke sekolah agama, tapi hasil didikan Abu yang selalu tekankan kepentingan dunia dan akhirat, lama-lama dah sebati dalam diri.

bagi saya, Abu is a truely family man, what happen to his family, he will do anything to help. Abu mengambil keputusan untuk tidak berada jauh dari rumah Wan Maktok sejak awal perkahwinan lagi. kami tak pernah menetap luar dari kawasan Utara Malaysia (selain ketika posting beberapa tahun Abu di Kuantan dulu). Abu selalu berpesan, "kadang2 kita banyak duit, tapi kita juga akan ada banyak komitmen lain. sementara ada masa lah kita kena berbakti pada ibu bapa. Abu tak mampu nak bagi sumbangan material, tapi selagi termampu, Abu nak bagi masa dan tenaga untuk balas jerih perit Maktok Wan membanting tulang di sawah untuk sekolahkan kami adik-beradik"

jika dulu, saya agak 'jauh' dengan Abu since saya selalu menjadi 'objek' untuk dilepas marah (ini pandangan budak2 belum cukup umur ye!), tapi sekarang saya terasa dekat dan semakin senang untuk bersembang dengan Abu berkaitan apa saja. either on education, sports, photography, how things work, pengurusan hidup, bab agama, semua mudah untuk bersembang dengan Abu. kami sangat senang dilayan begitu. sesuai mengikut umur dan tahap matang anak-anak. kalau kecil, asuhlah seperti anak kecil. kalau besar, bimbinglah dengan penuh toleransi.

ada ketikanya, saya tersilap perhitungan dalam hidup namun Abu bukanlah jenis yang menyerang tak tentu hala. pernah sekali ketika bulan Ramadhan, Abu ajak saya bertarawikh jauh sikit dari rumah, perlu menaiki kereta. sepanjang perjalanan, Abu diam sahaja. selesai solat tarawikh, Abu belikan air dan kami pulang ke rumah. sebelum turun dari kereta, Abu mulakan bicara. bersembang hati ke hati dengan saya buat pertama kali. dan sehingga sekarang saya ingat pesannya "memang sukar mengawal hati dengan persekitaran awak yang jauh nun di ibukota tapi Abu yakin pada abang, restrain hati, tanya diri balik betul atau tidak tindakan yang kita nak lakukan. Abu harap didikan yang Abu bagi pada abang menjadi bimbingan dalam hidup abang. kalau kita rasa kita dah lari jauh, jangan segan kembali semula ke halaman bertanya pada Ummi Abu"

cuma sekarang ini, saya selalu berharap dan berdoa, semoga saya sempat membalas jasa Abu walaupun hanya secebis daripada jasa2 Abu kepada kami. semoga Abu ampunkan salah silap Abang selama ini, terkasar bahasa dan tindakan abang. tak ada apa yang abang harapkan dari Abu sekarang melainkan Abu melihat dengan pandangan rahmat dan syurga. terima kasih juga atas segala jasa dan bimbingan Abu selama ini pada abang, kakak2 dan adik2. kami sayang Abu!

Saturday, 20 June 2009

sketching some plan

travel planning

Alhamdulillah i just been inform that i`ll be doing Industrial Training somewhere around Incheon starting this 29th of June ~ 24th of July. well, seems the start of this 3rd summer vacation really made me up. i`m going for rafting tomorrow, and i plan for camping at Mt Sorak, Seokcho around Tuesday and after that, helping my housemate, Ikhwan, to fetch around his parents for a little tour guide. doing the practical for a month, then off i`ll go to Turkey and Cairo. travel plan are still on sketch. whenever i read the travel guide books, i just can`t wait the day. just about a month n half from now. although i`ll end up to be bankrupt hehe, but they`ll be things that i`ll carry away for my whole life.

i think i`m happy to fill my time with all those activities.

Selamat bermusafir! Semoga banyak pengalaman hidup dapat ditimba!

Monday, 15 June 2009

you who design your efficiency

yellow n butterfly

dalam kebanyakan subjek2 Engineering, hampir kesemuanya mengambil kira efficiency sesuatu barang tu. contohnya kalau subjek Static, kita nak bina satu structure, kita kena consider beberapa perkara. kena kira max deflection, kena kira max shearing moment, kena consider bahan yang sesuai digunakan untuk bina structure tersebut, kena jugak consider how much will it cost. tetapi kalau kita perasan, setiap pekerjaan itu memerlukan kepada penulisan dan perancangan kemudian baru dikerjakan.

sama juga bila kita aplikasikan dalam hidup kita. merancang kehidupan kita tidaklah sesukar mana. tuliskan apa yang kamu ingin capai, design timeframe dan jangan lupa consider choice yang kita ada untuk mendapatkan efficiency kerja yang paling baik. bila kita gagal merancang, kerja tersebut masih berjalan cuma hasilnya nanti, effieciency akan berkurang, kos bina bertambah, bahan yang diguna bukanlah bahan yang terbaik.

saya teringat satu isi dalam khutbah jumaat beberapa minggu lepas. penulisan tentang kisah hidup kita sudah dilakar sejak sebelum kita lahir lagi. mula ditulis di Lauh Mahfuz dan dihantar ke bumi untuk kita laksanakan. cumanya terpulang semula kepada kita, samada kita nak ikut merancang sebagaimana Allah merancang atau kita nak serahkan sepenuhnya kepada takdir sedangkan kita mampu untuk mempersembahkan yang terbaik?
20% manusia adalah perancang, 80% selebihnya adalah pengikut. kamu pilihlah kamu di golongan yang mana.

Sunday, 14 June 2009

tamat 2nd yr 1st sem

40D_7631
bergambar usai kelas Physics terakhir tahun ini

Alhamdulillah selesai paper Engineering Math pagi tadi bermakna tamatlah satu semester lagi di sini (though i still got Chinese Language n kelas ganti in Wednesday n Monday)

sepanjang 3 bulan belajar ni, terlalu banyak perkara berlaku dalam hidup saya. ada yang kekal sebagai memori yg baik, ada yang menjadi pengajaran untuk kehidupan masa depan. kawan2 korea pun semakin ramai. semakin mampu untuk adapt kehidupan disini walaupun masih terasa berada di bumi asing.

mudah2an bahagian pelajaran hidup semester kali ini sentiasa menjadi bimbingan untukku di masa depan. semoga Allah permudahkan.

kehidupan dunia umpama ladang2 yang akan kamu tersenyum atau menangis melihat hasilnya di kehidupan akhirat.

"atau adakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu cubaan seperti orang-orang terdahulu sebelum kamu. mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang sehingga orang-orang beriman berkata, Bilakah datang pertolongan Allah? Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat"
/Al Baqarah:214

Thursday, 11 June 2009

Perginya seorang sahabat

DSC05842
senyuman yang sentiasa terukir, persahabatan yang diberi, kata semangat akan sentiasa diingati...Al Fatihah buatmu.

dapat sms dr Abu pagi tadi.

'Abang, dapat berita subuh td Ammar Pcik Zul meninggal di Mesir semlm accident. Jenazah akn dibw blik ke Msia'

tergamam tak kesudah! baru bersembang dengan arwah minggu lepas, berjanji nak jumpa di Mesir ketika lawatan saya ke sana summer ni, tapi arwah beberapa kali cakap, "xdan kot jumpa! takyah harap la!" sambil gelak2.

ketika maklumkan berita ini pada jr saya di sini yang juga jr arwah di MATRI, Fahmi, air mata keluar menitik. goyang jugak saya dibuatnya. memang tak tertahan sebab sangat rapat dengan arwah walaupun xsampai setahun kami kenal dan hanya sempat bersua beberapa kali ketika masing2 balik bercuti. arwah jugalah kawan pertama saya kenal ketika baru berpindah ke Taman Bertam Indah. arwah mula2 tegur saya di masjid selepas solat Zohor. "eh anta yang baru pindah di Lorong 25 tu ka?"

saya masih teringat cuti summer lepas, arwah datang ke rumah bersama ayahnya ketika saya sedang sibuk mengemas barang untuk pulang ke Korea. sebelum pulang, arwah menghadiahkan saya sebuah buku yang dibeli dari Mesir. rupanya arwah pergi dulu sebelum saya sempat nak balas dengan buah tangan dari Korea. senyuman, budi pekerti, bahasa yang lemah lembut, memang membuatkan saya senang berkawan dengannya. memberi semangat kepada saya untuk menilai siapa pula `Ammar Muhammad.

Al Fatihah kepada Allahyarham Muhammad Ammar b Zulkifli. semoga Allah menerima amalnya dan menempatkan dalam kalangan orang yang soleh.

Peringatan buat diriku yang sering terlupa.

[update]
selesai menduduki paper Internal Combustion, langsung saya balik ke rumah nak mengetahui kisah kemalangan arwah lebih lanjut.

dari blog2 kawannya, saya dapat berita rupanya mereka berlima (arwah Ammar Zul, Akram, Aman Ramdzan kwn Ocu, Fitri dan Saif) dalam perjalanan pulang dari melihat tempat untuk program cuti summer ni di Ain Sukhnah. dalam perjalanan pulang, kereta yang dinaiki terbabas dan seorang tercampak keluar.
buat masa ni, 2 orang cedera ringan, 2 orang lagi dalam ICU, dan arwah meninggal dunia selepas dibawa ke hospital.

sememangnya maut memang memberikan kesan kepada hati manusia.

“Inna lillahi ma akhaz, wa lahu ma a’tho. Wa kullu syai’in indahu bi ajalim musamma. Fasbir wala tahtasib” (Milik Allah apa yang Dia ambil. MilikNya jua apa yang Dia beri. Tiap sesuatu punya tempoh tertentu disisiNya. Bersabarlah dan harapkan ganjaran Allah atas kesabaranmu itu” (Hadis Takziah).“Al-Baqa’ lillah (Sesungguhnya kekal itu hanyalah Allah swt semata-mata).

Saturday, 6 June 2009

Selamat BerExam

jangan jadi lalang!

Seoul
Dublin
Cyberjaya
Penang
Others

Selamat menghadapi peperiksaan.

Doaku bersama kalian
Harapnya doa kalian juga bersama ku.

Thursday, 4 June 2009

to-do-list

Wild berries
utk tatapan mereka di Malaya. sedang sakan menikmati Berries dan sekutunya.

things-to-do in the next few month:
2nd yr 1st sem Final Exam
Industrial Practical
Travel plan
Website maintenance
English group talk in Guro with Korean

but i`m still not that busy.
never said to yourself "i`m busy" when you still got a plenty of time to spend in front of TV, novels, and even writing up this post! huhu~

O Allah! i ask You for knowledge that is of benefit, good provision and deeds that will be accepted.

Sunday, 24 May 2009

physical training

IMG_1921
gambar yang diambil sebulan lepas di Anyangcheon. cuaca agak dingin pada petang itu. 

rupanya apa yang disekitar kita selalunya cantik namun jarang kita sedari. petang tadi sempat luangkan masa beriadah di Anyangcheon. selalunya saya akan joging menghala ke sebelah kiri, tapi hari ini tergerak hati untuk joging ke sebelah hati melintas bawah Guil Subway Station. rupanya ada tempat yang lebih cantik di sebelah sana yang tak pernah saya tahu sebelum ni walaupun hampir setahun berada di kawasan Gocheok ni. 

sepanjang 5km track basikal tu dipenuhi dengan pokok kuning yang sampai sekarang tak tahu namanya, dan bila berjalan jauh sikit ke depan, akan ada pula tempat yang dipenuhi dengan tanaman lalang. tambahan lighting petang yang agak warm near to sunset, tapak lalang tu menjadi tempat yang sangat ideal utk fotografi dan berekreasi untuk melepaskan lelah belajar dan bekerja. 

dah hampir seminggu saya mula aktif berjoging, dan memang benar, apabila badan kita bergerak, otak pun akan sama bergerak. terasa sangat segar minggu ni walaupun badan kaki terasa sengal2 akibat senaman yang terhenti hampir sebulan dan mula dengan mengejut. 5km joging! (saya ni bukan jenis long distance runner) memang benarlah juga tenaga dari riadah ni, yang kita produce, akan digunakan untuk bekerja untuk masyarakat. bila hasil riadah tu, kita dapat bergerak lebih cergas dalam masyarakat, mudah untuk beribadah kerana tak sakit, maka tak ada alasan lagi untuk duduk diam, betul? lagi cantik kalau semuanya diniatkan kerana Allah, tiap langkah sepanjang 5km joging tu akan menjadi pahala ibadah kita. bukankah juga mukmin yang kuat itu lebih disukai Allah dari mukmin yang lemah?

esok pagi akan turun joging sekali lagi, nak ajak kawan2 turun sama. 

target peribadi: capai ciri muwasafat tarbiyah yang ke5: sihat tubuh badan.  

Friday, 22 May 2009

bunyinya ideal

blog dah lama xdiupdate. blogger yang bagus ialah yang selalu update blognya dengan post yang berkala. bukan dengan ayat2 yang gempak. nampaknya perlu lebih disiplin utk menulis blog. jadual mungkin? 

ada satu quote dari bahagian buku 'Asas-Asas Islam' yang kami gunakan sebagai bahan usrah mingguan yang cukup terkesan di hati. kami berbincang mengenai kepentingan ibadah kepada individu, keluarga dan masyarakat. bermula dari kupasan surah At Tahrim: 6, lebih jelas kenapa tarbiyah itu mesti bermula dari seorang individu sebelum berarah kepada ahli keluarga. 

bermula daripada tanggungjawab suami, isteri dan anak-anak, setiap tindakan mereka adalah ibadah sekiranya bertujuan dan berniat baik.

cuba bayangkan sebuah rumah dan keluarga dalam keadaan situasi sebegini. apabila muazzin melaungkan azan, seluruh ahli keluarga menyahut seruan itu. suami dan anak-anak lelaki segera ke masjid. ibu dan anak-anak perempuan segera menunaikan sembahyang di rumah. suami isteri saling nasihat menasihati. isteri menerima nasihat suami dengan hati yang terbuka. manakala suami menerima nasihat isteri dengan rendah diri selama mana pendirian tersebut mendapat keredhaan Allah. selagi mana matlamat, aspirasi, usaha adalah satu, maka perasaan dan sensitiviti juga pasti bersatu. 

andai adanya keluarga begini, yang nampak begitu ideal, kamu akan lihat mereka gembira, sedih, cinta dan marah yang sama. ikatan mereka dengan rumah dan ahli keluarga berpandukan setakat mana jauh dekat hubungan mereka dengan Allah. perbelanjaan mereka bergantung dengan keredhaan dan kemurkaan Allah. mereka tidak membelanjakan wang mereka kepada perkara yang dimurkai Allah. suami melihat rumah dan keluarga sebagai tanggungjawab dan amanah. dia bakal berdiri di hadapan Allah pada hari kiamat untuk dipersoalkan tentang isteri dan anak-anaknya. sementara si isteri dan anak-anak saling bekerjasama dengan suami demi mencapai redha Allah. oleh itu, rumahtangga tersebut hidup dalam penuh ketenangan dan keamanan, kasih sayang dan rahmat. 

pertama kali saya baca perenggan-perenggan di atas " macam ideal sangat je description dia ni". namun bila teringat isikandungan Tarbiyatul Aulad fil islam (tarbiyah anak-anak dalam Islam) yang saya selalu ikuti siri pengajiannya di Masjid At-Taqwa sebelum ke Korea, memang Islam menekankan pendidikan itu dicorak bukan selepas anak itu lahir, tapi sebelum keluarga itu terbina. maksudnya, kena draft dulu long-term family plan sebelum agenda lain.

tutup dengan ayat 82, surah al-An`am,
orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanandan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

semoga saya juga dapat mencapai ciri ideal ini satu hari nanti. amin. 

Thursday, 14 May 2009

수고많았다!

P1010022
pulang ke rumah hari ni dengan senyuman. bukan sebab dapat high mark dalam kelas, atau dapat durian runtuh, tapi ada team project for Internal Combustion yang perlu dipresent minggu depan. tapi kenapa masih tersenyum? sebab saya akan bercuti  6 days streak walaupun orang lain akan ke kelas seperti biasa. 

Jumaat - memang xde kelas
Sabtu, Ahad - Weekend
Isnin - Korean National Service call
Selasa - memang xde kelas 
Rabu - College anniversary

jadi minggu depan, ada kelas sehari sahaja, Khamis dan kemudian cuti semula Jumaatnya. but i should remind myself to use it wisely. revise any subject that you dont have time to do so before, do some housework, put some reading material on my list, and finish any undone tasks.

hari ni sempat menjengah blog K Lang dan K Syifa`, kedua2nya orang yang saya kenali sejak kecil dan kedua-dua sudah tamat fasa akademik hidup mereka.

nada tulisan K Lang berbunyi sebak. mungkin kerana sudah tinggalkan alam akademik yang terkandung seribu macam memori ketika belajar, bersama rakan, belajar mengenal realiti dunia, mencari identiti diri, semuanya cukup sebati dengan dunia pelajar. sebab itu kebanyakan orang lebih suka zaman belajar muda2 berbanding zaman kerja.

buat K Lang dan K Syifa`, yang tamat cuma sesi formal, tapi teruskan usaha mencari ilmu melalui pengalaman dan kongsilah ilmu yang ada untuk membangunkan diri, keluarga, agama dan anak bangsa. tahniah! 수고많았다! (well done on your job!)

Wednesday, 13 May 2009

politik kartun


pernah baca kartun? skrip kartun semua dah disediakan dan dilukis. hanya tinggal untuk bacaan dan gelaktawa pembaca sahaja. watak dalam kartun tu tak pernah tahu dia sedang digelakkan orang lain. 

saya tak pernah menulis apa2 tentang politik secara terbuka apatah lagi di blog etc. tetapi apa yang berlaku di Perak benar2 membuatkan saya celaru dan keliru sebagai rakyat negara demokrasi.  

kalau kita rasa Malaysia semakin hari semakin maju, itu benar. tapi kalau kita rasa Malaysia semakin hari semakin selamat, manusia hidup makin aman, makin sejahtera,  fikir2 kanlah semula. ragut, rompak, arak penuh akhbar setiap hari. hampir 50 tahun lepas, berlaku 13 Mei, ketika itu atas sebab politik dan xwujudnya persefahaman. hari ni, juga 13 Mei, berlaku perkara yang hampir sama akibat manusia yang hidup tak sebulu. kulit sama warna, hidung sama panjang, rambut sama hitam, hati aje lain2. 

kalau pemimpin kita sudah macam ni, macam mana nak diharapkan rakyat mengikut teladan mereka? 

bersama post ni, disertakan link ke blog Ust Halim, "Jadilah Hamba Sebelum Ketua
berusahalah kita menjadi hamba sebelum digelapkan mata dengan harta dan pangkat selepas menjadi ketua. saya tak memihak kepada mana2. sekadar perkongsian rasa sebagai rakyat negara demokrasi yang dah ada kelayakan untuk mengundi. fullstop!

Tuesday, 12 May 2009

umi, an everyday magical event


minggu lepas lab group saya berjaya penuhkan satu hari dengan menulis report saja! from 9 to 9, 12 jam terperap di library sampai lenguh2 badan. kesudahannya, data yang digunakan utk report tu salah. kami sedar bila nak menulis result and analysis utk paper tu. haih~ terpaksa la bekerja keras hujung minggunya. 

2 hari lepas sepatutnya ada post tentang hari ibu. saya dah draftkan tapi rasanya dah terlalu lambat utk dipost. beberapa hari sebelum hari ibu, kami adik beradik dah merancang nak buat video dan hantar bunga dan kad kepada Umi since kami semua tak dapat berada di rumah ketika tu. manakan tidak, daripada Kakak sampailah kepada Harith yang bongsu, semuanya lari duduk asrama. tinggallah Ummi Abu berdua. 

to make it short, 
The first fall of snow is not only an event, it is a magical event. You go to bed in one kind of world and wake up in another quite different, and if this is not enchantment then where is it to be found? 
/J. B. (John Boynton) Priestley

and i know that a MOTHER is an everyday magical event in children`s life, isn`t it? 

Happy Umi`s Day! 

Thursday, 7 May 2009

2nd fieldtrip

40D_6192selesai minggu exam, saya sempat mengikuti fieldtrip ke Hyundai Steel Corp. maknanya ini kali kedua berpeluang ke kilang Korea yang besar. last semester fieldtrip ke Hyundai Automobile. kedua2 kilang terletak di Asan, kawasan yang diperuntukkan khas untuk perindustrian, kerana di situ mudah capaian terus ke pelabuhan. daripada penerangan jurucakap Hyundai Steel, pelabuhan di situ merupakan yang terbesar di Korea berdasarkan capacitynya untuk handle barang2 berat. 

kami bertolak sekitar jam 10am, dan seperti trip yang lepas, juga makan tengahari di restoran yang sama. 매운탕 Maeunttang! makanan laut pedas ala2 asam pedas cuma xrasa masam2. sengaja pilih meja jauh dari kawan2 Malaysia, bertujuan nak makan banyak kerana kawan2 korea jenis xberapa nak jamah makanan laut. saya duduk semeja dengan Lee Kyong Min, minat kami serupa, fotografi, Park Su Jin, classmate perempuan tunggal, Chae Jong Kwon, classmate Korea pertama yang tegur saya semasa di Tahun 1 dahulu. 

ketika di Hyundai Steel, kami diberi penerangan tentang operasi yang dijalankan disitu, produk yang dikeluarkan dan detail2 lain seperti fasiliti kilang, misi dan berkenaan Green Environment Factory. part paling menarik ialah tour sekitar kawasan kilang seluas 225hekt (kalau xsilap, kedua terbesar selepas POSCO 250hekt). kami ditunjukkan furnace yang setinggi 100m, 

sekitar tahun 1999, Abu dihantar untuk berkursus di Purdue University, USA selama 2 minggu. bila gambar kenangan dicuci, kebanyakannya gambar2 dalam kilang, mesin, bolt dsb. ketika tu, saya memang xfaham kenapa Abu sangat excited mengambil gambar benda2 tu semua but when myself jump into his shoes, learn and play with all the things he played 30 years before, baru perasan rupanya sekarang saya punya tabiat yang sama....excited tengok structure, machine and bolt dan ambil gambar benda2 tu! mungkin sebab dah belajar Static, Strength of Material, Manufacturing Process, Thermo etc etc etc..... 

plan this week: 14~17 May 2009: Seoul International Bookfair COEX mall. never been to bookfair. cant miss one!

Saturday, 2 May 2009

books & pictures

40D_6196
selesai khutbah jumaat di bilik Malaysia, Dongyang College, saya pergi menghabiskan masa sepetang berpusing2 berehat2 di Kyobo Bookstore. kenapa berehat2? 2 minggu berhempas pulas; tidur macam tak tidur, mandi macam xmandi, makan macam xmakan; sibuk dengan minggu exam. paling cuak sekali, bila Rabu lepas, saya jawab exam Engineering Math. 

masa 1 jam, 4 soalan. nampak macam sikit. soalan 1 ok. soalan 2 ok. masuk soalan ke 3, bila dah habis kira, buat je penggantian, tiba-tiba keluar 2 unknown. saya jarang gelabah masa jawab exam tapi macam mana boleh timbul 2 unknown tu buat saya tiba-tiba gelabah. Im Kyong Bin kyosu (nama lecturer) dah mula bagi peringatan masa tinggal 5 minit. kira sekali lagi, still xdapat. last2 give up, skip ke soalan no4. 5 minit tadi saya gunakan sebaiknya untuk tenung soalan saja. tak tahu nak mula masukkan rumus apa. untuk tiap exam, mesti ada careless yang saya akan buat. walaupun saya jenis study konsisten, put some effort 2 weeks before exam, tapi tak pernah rasanya dapat fullmark melainkan masa sekolah rendah darjah 3-4 dulu. tu pun ujian mengira 1+1. teknik study kena adjust lagilah nampaknya.  
40D_6286
selesai bab exam. pindah semula ke Kyobo tadi. turun2 dari bas, terus berjalan menyusur Jongro nak ke Rotiboy. dah lama dok tahan geram. sekali deret kedai tu tutup, under renovation. perut dah lapar berbunyi. nasib baik ada kedai pastry berdekatan, saya singgah beli blueberry pie dengan raspberry bagel. terus bergerak ke Kyobo, mencelah orang ramai pada hari tu due to Hari Pekerja, capai satu buku dan cari port. seperti biasa, rak Photography jadi tempat pertama saya akan pergi sebelum mencari buku2 lain. nampaknya stock buku2 photography dah makin banyak dekat rak. dulu satu bahagian, sekarang dah melimpah ke rak sebelah dan belakang. teruja tengok buku2 dengan gambar2 yang lawa.
 40D_6195
Selesai cover-to-cover 'Before Green Gables'tak sedar jam dah dekat pukul 5. asar belum lagi. before keluar, sempat grab a travelguide of E _ _ _ _ (isi tempat kosong) bayar dan bergegas balik ke rumah. 

kalau orang tanya apa favourite past-time? mesti ada 2 jawapan, photography and reading.    

Friday, 1 May 2009

tabahnya dua hati

IMG_1695
minggu sebelum peperiksaan, aku dan Umair berulang-ulang kali mendengar lagu ni. mungkin kerana suasana pembesaran kami berdua yang hampir serupa, kami lebih nostalgic bila menghayati setiap bait lirik lagu ini. 
Dalam damai teratak sepi, 
menjelma pertanyaan menyentap hati. 
Bermainlah pilu sang isteri, 
membelai pipi permata suci... 

Ummi, di manakah abi? 
Bergetarlah bibir mencari.
Perlukah, kukisahkan apa yang terjadi. 
pada si kecil yang ingin mengerti, 
sayang, Abi kekasih ummi,
pergi mencari cinta ILLAHI.

Chorus 
Tidurlah sayang ummi dodoikan bersama dzikir mendamaikan. 
Bangunmu esok menjadi pejuang mujahid sepanjang zaman.

setelah melangkaui usia 20 tahun, barulah aku nampak kenapa Umi Abu bersusah payah membesarkan kami dengan didikan agama yang sempurna. aku masih ingat ketika kecil, Abu sering mengheret aku bersama ke Masjid Al-A`la di Taman Cahaya ketika kami masih menetap di Jitra. walaupun aku berada di saf belakang, solat main-main, tapi penerapan sejak awal menyebabkan selepas itu setiap kali Abu nak ke masjid, aku mesti akan ikut dengan baju melayu biru muda sepasang, kopiah putih jaring2 macam roti jala.

Umi pula tak pernah tinggalkan kami anak-anak kalau mahu ke program2 JIM sekitar Kedah. pernah kami berjaulah keluarga di Empangan Pedu. kalau ada kesempatan, nak sertakan sekali gambar disini. tapi apakan daya, jauh dari sumber. program anak-anak JIM di rumah Pakcik Amirudin (sekarang sudah jadi YB Anak Bukit). semua itu kenangan yang tersemat di dalam ingatan. 

Umi Abu sentiasa letakkan harapan besar kepada anak-anak, walaupun cuma seorang, supaya ada yang sanggup meneruskan kesinambungan tarbiyah masyarakat dalam keluarga kami. kalau dihayati bait lirik pada bahagian chorus, begitu besar harapan ibu ayah kepada anak-anaknya supaya bekalan agama, pesanan, nasihat penuh makna bakal menjadikan si anak itu seorang mujahid mujahidah yang akan menyambung perjuangan menyelamatkan umat ini. 

hati aku cukup sebak bila menulis post ini kerana mungkin agak sentimental, namun semua ini besar maknanya dalam hidup kami 7 beradik. walaupun satu ketika dulu, kadang-kadang aku cukup tak suka kalau diheret ke program2 ketika kecil, melihatkan kawan2 lain bermain bebas, tapi kerana jasa Umi Abu itu, ketika ini baru aku nampak kesannya dalam hidupku. 

Terima kasih kepada Umi Abu kerana membesarkan kami dalam suasana tarbiyah yang baik dan tenang. Jasa kalian hanya Allah sahaja yang layak membalas. 
Mudah-mudahan Allah tabahkan dan teguhkan hati aku terus di jalan ini sebagaimana Allah beri ketabahan dan keteguhan kepada Umi Abu.

[dipetik dari blog Umi]
Itu cerita 21 tahun lalu. Sejak berusia 13 tahun 'Ammar sudah belajar berpisah dengan kami. Kini 'Ammar sudah mencecah usia dewasa. Banyak keputusan besar dalam  hidup perlu dibuat sendiri. Hanya doa dari kami berdua agar Allah memudahkan segala urusannya. Banyaklah merujuk pada orang yang lebih dewasa agar tidak silap membuat keputusan.Ingatlah pesanan  dan harapan kami yang ternukil dalam ayat di bawah:

"Dan sesungguhnya inilah jalanKu yang lurus,maka hendaklah kamu ikuti, dan janganlah kamu ikuti berbagai jalan lain.ini boleh memecahkan kamu dari jalanNya.demikinlah kamu dipesankan dengan Nya ,semoga kamu bertaqwa" - Al An'am:153