Monday, 26 January 2009

a week here

ini bendang kita

sudah hampir seminggu berada di tanah air. beberapa hari aku drive pulang ke Titi Gajah untuk menjaga Wan di sana. singgah di rumah Ahnaf sebelum pulang, banyak perkara yang kami sembangkan. 

tiba di kampung sekitar Maghrib, pakcik menyambut di muka pintu. katanya sedang menyuap makanan kepada Wan. aku melangkah masuk dan duduk di sebelah Wan. sedar xsedar, Wan mula tersenyum dan matanya berkaca berair, mungkin terharu aku pulang jauh dari Korea semata-mata untuk menjaganya di sini. petang itu, akulah yang tolong menyuapkan nasi kepada Wan, memberi makan ubat dan minum memandangkan Wan menolak suapan pakcik. merajuk kata Maktok.

ada beberapa perkara yang aku lihat pada Wan yang membuatkan aku kagum dengan Wan. walaupun dalam keadaan sakit, dan kurang sedar dengan tindakannya due to dementia.
kadang-kadang keluar bahasa Arab dari mulut Wan, zikir dan tahmid bila dia dalam keadaan separuh sedar. 

Wednesday, 21 January 2009

HKIA again

40D_0446
bangunan belakang tu sampai sekarang pun still under construction.

tengah menunggu transit flight di HK. bila sampai disini, tengok je nombor gate, kaki seolah dah tahu nak gerak ke mana dan kalau bukan sebab insiden sangkut di sini summer lepas, mungkin aku xkan balik. 

thanks to Cathay for the compensation!

tapi cuaca sangat panas
Seoul 1c
Hong Kong 22c
Penang 32c!!!!

Tuesday, 20 January 2009

Malaysia Boleh

Korea Super Series 09
baru sudah mengisi perut yg lapar dan kosong dgn maggi ayam. hari ini terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan. siapkan dokumen perjalanan utk pulang ke Malaysia, potong line handphone, line internet dan pergi bank utk tunaikan check dalam tangan. mungkin juga kepenatan kerana semalam pergi ke Seoul Olympic Badminton Stadium untuk menyokong Lee Chong Wei yang berjaya ke pusingan akhir. 

seharian dihabiskan disana. kami pelajar2 Malaysia yang berbaki disini, berkumpul di satu tempat dan ketika game antara Malaysia dan Denmark (Peter Gade), seolah kamilah yang ada di stadium tu. bersorak dengan sorakan biasa di stadium2 Malaysia. 'Malaysia Boleh'. ada ketika orang Korea disekeliling tumpang bersorak dan ada juga yang memandang dari jauh seolah Malaysia ni bukanlah negara yang hebat dibanding dengan negara mereka. 

namun, permainan Lee Chong Wei yang mantap menafikan telahan orang-orang Korea. ketika Chong Wei mula menguasai perlawanan pada set ke-2, barulah ada muka-muka Korean yang baru mula bersorak memberi semangat. jangan disangka rakyat kamu senang, negara kamu maju, kamu hebat semua! Set ke-3 kurang menyerlah bagi Chong Wei. ketika cuba mengejar mata di hujung set ke-3, Peter Gade lebih tangkas memungut mata terakhir. 

kami terus berada di stadium sehingga tamat perlawanan terakhir hari itu iaitu beregu lelaki. aku pada hari itu lebih teruja mengambil gambar dari memberi fokus pada perlawanan. pada aku, sport photographer sememangnya memerlukan kesabaran dan pengetahuan on how to manipulate your lens and camera to catch the fast-motion subject. entah pernah terbaca dimana, salah satu cara, gunakan MF (manual focus) supaya kamera xperlu mengejar pergerakan pemain atau kalau kamera yang AFnya laju, gunakan mode AF Servo utk focus yang lebih laju.fokus pada seorang sahaja pemain sahaja dalam satu2 masa, xperlu kejar semua pemain yang ada. 

sejak mula guna 40D ni, rasa berpuas hati dengan performance sebab boleh kata semua jenis gambar dapat diambil dengan baik. 6.4 fps (frame per sec), sapa yang xpuas hati! 

doakan perjalanan esok selamat dan berkat. amin.

Saturday, 17 January 2009

di laman itu

P1000249
semenjak 4-5 hari ni, selalu rasa x sedap hati. walau apa yg dibuat, pasti ada satu benda yg asyik terlintas di kepala. ketika majlis tahlil tadi pun (ibu kepada seorang junior aku baru sahaja meninggal, dia xsempat bersua muka), aku sendiri tersentuh bila sedang menyampaikan tazkirah. lebih merenung diri sendiri. 

Wan diserang strok kali kedua pada awal pagi, 12 Dis 2009. bila dapat sms dari kak lang, terus bangkit dari tempat tidur, ambil wudhu` dan solat 2 rakaat minta Allah bagi ketenangan. pada awalnya, berkira-kira untuk ikuti perkembangan Wan dari family di Malaysia tapi selepas hampir seminggu, aku tekad untuk balik membantu apa yg termampu. dapat tolong hantar adik ke sekolah pun aku dah sudi supaya Umi Abu dapat tumpu pada Wan. mungkin baru sahaja pulang bercuti 6 bulan lepas, tapi kadang2 atas desakan keperluan lain, gunakan pertimbangan yang Allah bagi pada hati manusia. 

aku masih ingat ketika kecil, di rumah Maktok Wanlah kami anak-anak Cik Mat dan Kak Ti membesar. manakan tidak, hampir setiap kali raya, kamilah penyambut tetamu wajib di sana memandangkan rumah kami lebih hampir dengan kampung Abu berbanding Umi yg nun jauh di Kg Baru, KL. mungkin aku lebih rapat dengan Maktok Wan sebab ketika Maktok KL, Atok meninggal, aku masih dikira kecil dan belum memahami erti sebenar kasih ikatan sebuah keluarga. 

dulu masa kecik2, selalu kami, cucu2 Wan yg sulung (kakak, Ngah, Lang, Rehan, Nawal, Nabilah, dan kdg2 Syidi, Rizal) akan bermain 'Toi' di halaman rumah yg penuh berdebu tanah merah. kalau balik kampung, apa yang kami tunggu mestilah selepas solat Asar, main Toi dan beli roti berkrim dari Pak Din. bila tiba musim berangin pula, Abu selalu bawa anak2 pergi ke bendang Wan untuk main layang-layang. Walaupun bendang tu sekarang bukan lagi atas nama Wan, tapi aku lebih suka menyebut `bendang Wan` sebab situlah landmark yg paling mudah utk aku ingat di mana kampung aku. 

mungkin kerana kenangan2 itu yg membuatkan kami lebih rapat dengan Wan Maktok. selalu telefon Titi Gajah tanyakan khabar mereka di sana. dan 2 tahun di sini, belum pernah terlepas untuk menelefon ketika bulan puasa atau paling kurang, ketika pagi/malam raya. 

moga pertimbanganku tepat. 

Moga Wan cepat sembuh.

Amin

Sunday, 11 January 2009

oh Palestine!

Palestine Free Movement34
2 hari lepas, sempat utk mengikuti demonstrasi aman utk Palestin di hadapan Israel Embassy anjuran pelbagai badan kemanusiaan di Korea. hampir 500 orang berhimpun di hadapan Bosingak, berhampiran Cheongyecheon. aku sempat ke sana bila dimaklumkan oleh org masjid yg akan diadakan perhimpunan aman di Jonggak. cuaca sangat sejuk ketika tu (-10c) tapi boleh dilihat semangat dan kesungguhan orang2 korea ni dalam melakukan kerja walaupun ada macam2 halangan. 

apa yg menjadi perhatian, ada antara speaker yg bercakap di atas pentas, memahami isu Palestin - Israel bukan sekadar isu kemanusiaan biasa tapi memahami kenapa Israel merampas masuk ke negara orang itu. polis seperti biasa mengikut protokol demo2 di korea (korea ni terkenal dgn negara demo...cuma belum ada kurikulum pasal demonstrasi je  -_-" ). 
dari pemerhatian aku selama hampir 2 tahun di sini, sikap orang Korea yg suka mengambil tahu satu2 hal secara serius yg menyebabkan Seoul boleh membangun 5x lebih pesat berbanding Kuala Lumpur. andai Allah takdirkan Korea akan menjadi negara Islam, aku yakin ajumma ajossi di sini akan jadi orang Islam yg paling rajin dan bersemangat dalam menyebarkan Islam. 

selesai ucapan oleh wakil2 badan kemanusiaan, persembahan sajak musikal dll, kami mula berarak ke kedutaan Israel berhampiran dgn di hadapan diusung keranda diselimuti bendera Palestin. nampaknya orang Korea juga sayang dgn saudara2 kita di sana. since embassy terletak di tingkat 18, (Kedutaan Israel jarang berada di atas tanah sendiri..kebiasaannya menumpang di bangunan orang supaya sukar diaccess) kami hanya dapat berhimpun di bawah. 

pengalaman berdemo buat kali kedua di korea (kali pertama masa isu `lembu gila` - FTA) pasti menjadi satu kelainan berbanding negara2 lain. orang Korea jenis yg tidak mudah putus asa, andai perlu mati sekalipun utk perjuangkan satu isu, mereka sanggup berdemo walau dipukul teruk oleh polis dsb. selain arak dan kimchi, demonstrasi juga mungkin boleh masuk dalam list tarikan pelancong ke Korea. 
-----------------------------------------------------------------------------------------
sudah masuk hari ke-19 Gaza terus dibedil oleh tentera Israel laknatullah. resolusi PBB sudah pun dikeluarkan namun ditolak mentah oleh Israel dek angkuhkan sifat mereka dan bongkaknya Yahudi sepertimana disebut dalam Alquran

17_4
"dan telah kami nyatakan kepada Bani Israel di dalam kitab itu, "sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau" /al-Israa` 17:4

dalam kesombongan Israel terus melanggar etika kemanusiaan, kita yg berada jauh dr Gaza, Lubnan, Sudah dll, jangan lupa teruskan berdoa dan bermunajat kepada Allah agar kekuatan doa menjadi pendorong saudara kita di sana. 

janganlah kita hanya kuat melaung "Boikot barang Israel" "Jangan makan McD", forward mesej YM tapi dalam masa sama di rumah kita terus dengan barang2 yg dapat kita elakkan penggunaannya (coke etc). bukankah mengubah sesuatu dengan daya kita merupakan sebaik2 iman?

Thursday, 8 January 2009

Hong Kong and Tragedy

40D_0544
hari ni mula mengemas2 meja, bilik yg dh lama bersepah. since umair pindah ke kisuksa tmpt kerja, soi i spent most of time dkt kisuksa, dkt bilik 510. bila bukak satu box ni, terjumpa pamplet Hong Kong International Airport HKIA. *tersenyum kejap sorang2 

semua berlaku ketika dalam perjalanan pulang selepas 2 bulan cuti Summer di Malaysia.  cadangan asal janji berjumpa Umair, Cikot di HKIA since kami depart dari tempat yg lain (mereka dr KLIA). ketika nak check-in luggage, seolah desk officer tu dh reluctant tapi dia clearkan juga beg though dah terlebih a few kg. mungkin sebab hampir setahun lebih xbalik 
Msia, melihat muka Umi Abu, adik beradik, Maktok Wan secara langsung, hati terasa berat utk masuk ke Boarding Gate Penang Airport. sebelum berangkat, sempat meminta maaf, ucap terima kasih pada Abu Umi krn benarkan utk belajar jauh dr keluarga dan mencari pengalaman di negeri orang.  melihat kelopak mata Umi yg dh mula basah, cepat2 aku angkat beg kamera + hand-luggage menuju ke Custom Clearance gate. xsanggup nak tgk umi menangis lagi. 

ketika dalam kapal terbang, layanan, makanan semua ok tapi seolah ada benda yg kurg selesa bermain dlm hati. perjalanan spt biasa, mengambil masa lebih kurg 3 jam setgh dgn Cathay Pacific sebelum transit di HKIA utk ke Incheon, Seoul. jadi aku lelapkan mata utk hilangkan resah. 

xlama kemudian, ketika hampir ke ruang udara HK, kapten kapal memaklumkan penerbangan akan kurg selesa krn taufan yg melanda HK. Allahuakbar! hati aku dah mula resah. xlama lepas tu, kapal terbang mula bergegar kuat. seolah naik roller coaster dan perasaan itulah yg plg aku xsuka. walaupun di bawah dah nampak landasan tempat bakal mendarat, tapi dalam situasi begini, apa2 juga boleh terjadi. ada jugak passenger yg muntah2 sbb terlalu kuat gegaran. landasan makin merapat dan kapal terbang seolah nampak kurg stabil. di mulut xlepas2 berdoa, hati memohon ampun, tangan dah menggeletar. namun Alhamdulillah, kapten kapal berpengalaman barangkali, kapal terbang mendarat dgn baik dan aku mula mengambil barang bersiap utk turun. 

kejutan di HK bukan setakat itu saja, keluar saja dr kapal terbang, dari jauh boleh dilihat beribu2, barangkali puluh ratus ribu passenger yg kelam-kabut. aku agak kaget melihat situasi begitu, terus ke transit table dan sgt terkejut yg semua flight dicancelled, bukan delayed, tapi cancelled! maksudnya aku akan terkandas disini selagi xde next flight yg dpt aku book seat utk ke Seoul!!!

bersambung..... siri 2 Hong Kong and Tragedy: how did i survived and slept 3D 2N at HKIA

Wednesday, 7 January 2009

don`t kalut-kalut

DSC_0288
Seoul Olympic Park, winter - it was cold that day. very cold! and we were freezing to death. Nizam almost got hypothermia lol 

kalau dalam satu ketika anda sedang menunggang motosikal dan bertemu selekoh tajam di hadapan, apa yg anda akan buat? adakah anda akan segera membelok tanpa mengurangi kelajuan motor kerana ingin sampai cepat? atau anda akan perlahankan kelajuan kemudian baru mengambil selekoh tersebut, dan mula menekan minyak memecut kembali?

kalau dalam keadaan waras, kemungkinan majoriti akan perlahankan motor dulu sebelum membelok. kenapa? kerana mungkin sifat tergesa-gesa anda akan menyebabkan anda terbabas dari jalan, terjatuh lalu mengambil masa yg lbih lama utk sampai ke destinasi. 

pilihan yang pertama adalah sikap yang tergesa-gesa, kemahuan utk mencapai sesuatu tanpa berfikir panjang. manakala yg kedua adalah menyegerakan. mungkin keduanya lebih kurang sama menurut fikiran kita tapi berbeza maksudnya. 

dalam hidup ni, ada ketikanya kita mahu mencapai sesuatu dengan secepat mungkin tapi tanpa perancangan, penelitian, dan perbincangan, mungkin tindakan yg diambil itu bakal meragut masa depan yg lbih elok. 

cthnya dalam hal bernikah. xsalah kalau kita menyegerakan sebab memang dianjurkan utk kita segerakan bernikah, cuma yg dirisaukan bila ada yg bertindak terburu-buru, tanpa berfikir panjang, belum cukup persediaan diri, perbincangan masih belum lengkap, keadaan inilah yg akan membawa mudarat pd diri anda sendiri. 

jalan yg lurus umpama masa yg lapang, masa ketika masih bujang. selekoh pula umpama proses peralihan menuju status baru dan jalan yg akan dilalui adalah kehidupan keluarga selepas bernikah. 

jadi, kalau anda tergesa-gesa dan terjatuh ketika di selekoh, bagaimana hendak mengharungi perjalanan yg seterusnya dalam keadaan sakit?

rancanglah masa depan, persiapkan diri dan kemudian laksanakan dengan segera, bukan dengan tergesa-gesa. 

ada satu kata-kata Rasulullah yg selalu aku jadikan pegangan. 
"mintalah fatwa dari hatimu. Kebaikan itu adalah apa-apa yg mententeramkan jiwa dan hati. Dosa pula adalah apa-apa yg syak dalam jiwa dan ragu-ragu dalam hati, walaupun orang lain memberikan pendapat kepadamu dan mereka mengiyakannya" 

ps : just finished read from cover-to-cover  "Kupinang Engkau dengan Hamdalah" by Mohammad Fauzil Adhim. highly recommended for those on the transition esp to k lang, rehan. (>_<)

Tuesday, 6 January 2009

little nephew

P1000108
1 Muharam lepas cukup 6 bulan anak sedara yg sulung, Zaffran aka mzr. kenapa tiba2 naik cerita psl mzr? sebab dia adalah cucu pertama dalam family.

selalu jugak ikuti perkembangan psl mzr dari kakak. daripada dia kecik, suka merengek sampailah ke tahap dia dah boleh guling2 sendiri. kaki, tangan dia kuat, panjang ikut genetik ayahnya yg ahli Palapes. kening lebat mcm ibunya.  mzr boleh aku katakan cerdik sebab masa dia kecil pn dh nampak development dia yg cepat. 

ada seorang kawan aku pernah tanya "apsal excited sangat psl anak sedara kau tu?"

jawapannya mudah ja, aku memang sukakan budak2 sejak dulu lagi. mungkin dah terbiasa ikut umi ke tadika, pergi teman ke program2 dan diminta tengok2 kan anak2 pcik mcik sementara mak ayah mereka usrah. cuma yang lainnya, zaffran ni boleh la dikatakan aku yg menyambut dia lahir semasa cuti summer lepas. 

ketika ni, aku berada di Kelantan bercadang untuk temankan kakak di rumah ketika hampir2 dekat dengan due bersalin memandangkan Abg Upi tak dapat cuti. pagi Jumaat 1 Rejab, temankan Abg Upi pergi ke pasar beli barang2 rumah, seronok dan teruja dengan suasana pasar di Kelantan. terasa lain benar setelah hampir 1 tahun setengah pergi ke sijang (pasar) dengan dikelilingi ajumma ajossi dengan bahasa yg jauh sekali dari dialek kelantan.

pulang dari pasar, kakak yg sejak dari semalam mengadu sakit, ditemankan kakak ke HUKM utk check dan stand-by sebab katanya dah contraction utk bersalin. jadi, tinggallah aku seorang di Pasir Tumbuh tu ditemani remote Astro sejak pagi sampailah ke petang. bila lepas Maghrib , aku jadi hairan kenapa Abg Upi xbalik2 lagi, call handphone pn xangkat. dalam keadaan xtenang tu, tiba2 ummi call tanyakan "Pak Njang (gelaran utk aku) xpergi tengok anak sedara ke?". terkejut jugak dengar sebab xberitahu sapa2. tapi kalau dalam keadaan macam Abg Upi pun, mungkin aku sendiri akan terlupa untuk maklumkan lebih awal. apa pun, dalam hati aku bersyukur kepada Allah kerana anugerah penyambung zuriat umat Muhammad SAW. 

esok petang barulah berkesempatan menjengok baby Zaffran pada petang 2 Rejab bersama umi abu yg baru tiba dari Penang dan tak dilupa untuk mengambil gambar Zaffran ketika berumur 1 hari. (my first baby`s picture collection). 

dan apa yang buat aku tersenyum sendiri, semasa dalam perjalanan ke kereta hendak pulang ke Pasir Tumbuh, ada seorang pakcik di sebelah kanan aku menegur dalam lif.
"Anak ni mari tengok oghe rumah ke?". bila ditengok kiri kanan, aku dengan pakcik tu je dalam lif tu.  rupanya pakcik tu tengok aku baru turun dari wad bersalin sambil mengendong beg peralatan baby bercorak Pooh di sebelah kiri! 

"err pakcik...saya tak kahwin lagi. mari tengok kakak saya~  >_<"

ps: apa agaknya rupa Zaffran bila aku balik winter depan?

Friday, 2 January 2009

homecoming winter

DSC_0370
seperti biasa, xsah kalau xbercerita pjg dgn Kim sonsaengnim
from left: farhana, amirah, Kim ssn, Syakira, boys were out of frame

it`s like a homecoming. went to the Language Institute to see our lecturers there. we planned to make a surprise, but instead, we were surprised by the lecturer, nobody`s there! aiyaa...quite malang to came that day because Yoon and Min Sonsaengnim dont have class on.
 
anyway, i were full-hearted to met with Kim and Chwae Ssaem since they are one of the closest, sporting lecturer i ever had. Both are just like sister since both are still unmarried. We went to the closest restaurant and spent the afternoon there. well, met with some of my friends, especially Mano and Amirah, it was like a reunion since everybody were busy with their study and dont hv alot of time to hang-out together. 

after having a plate of shrimp spaghetti and slice of unique pizza (coz looks like capati instead~!), we spent another couple of hours watching movie, chatting and of course, tons of pictures. t

as the sun goes down in the East, most of my friends want to go for a new year hangout at the Seoul City Hall but since my pocket is quite `thin` plus the very cold shivering weather, i just called it day and headed home. 

before slept, recalled back what i did last year, and also sketched some plan to do on this coming year. 

ps: woke up this morning and have a tonsil ache. @_@

Thursday, 1 January 2009

bye & hello

NYwish
masuk 2009, dalam kepala mula berlegar2 apa yg kuazamkan pada tahun ni. setelah hampir 2 tahun mengikuti usrah, aku rasa perlunya untuk meletakkan azam dalam hati supaya tindakan yang menyusul kemudian akan lebih teratur dan yakin. generally, aku berazam supaya tahun ni untuk setiap hari-hari yg bakal berlaku, ada pembaharuan, penambahbaikan dalam tindakan. kalau spesifiknya??? xperlu kot kongsi di sini, hanya tulis dalam diari untuk bacaan sendiri. 

sejak kebelakangan ni, agak kurg produktif. Flickr dah lama xupdate, blog pn dh lama xberusik, kamera pn dah lama xberklik. mungkin sebab sejuk angin sonata yg membuatkan aku sangat malas utk memikirkan itu semua. 

terbaca salah satu post umi tadi, terlintas di fikiran mcm mn umi menceritakan pengalaman sbg menantu Maktok Wan. aku rasa umi dan abu, kedua2 beruntung mendapat mentua yang baik. Wan Maktok Titi Gajah, arwah Atok Maktok Kg Baru, sepanjang aku kenal mereka, aku dapat rasakan yg mereka melayan abu umi dengan baik sbg menantu masing2. Maktok Wan xpernah membeza2kan antara menantu mereka. Maktok Atok pula xpernah marahkan cucu2 mereka tanpa sebab atau diskriminasi. jika dahulu, keluarga kami bermula dengan hidup yg sederhana, Abu Umi kerkahwin ketika keduanya masih di alam belajar, namun berkat usaha dan juga doa dari kedua belah mertua, Alhamdulillah kuah yang sama tumpah ke anak cucu. bukan kejayaan pangkat,harta menjadi ukuran tapi iman dan akhlak yang menjadi pegangan. Mudah2an aku juga bakal mendapat mentua yang baik sebaik Maktok Wan dan arwah Maktok Atok (alfatihah buat arwah keduanya)

Congrats to Bgcu

P1090623
2 hari lepas mendapat berita dr Bertam, Bgcu dapat 8A 1B PMR (spt biasa tradisi keluarga, arab B >.< ) tahniah kpd Bgcu atas usaha awk selama ni. kami abang, kakak sentiasa percayakan awak dapat buat yg terbaik utk diri awak. cuma yg penting, letakkan usaha dan taat pada kata abu umi. 

Bangcu banding dengan adik beradik lain, jenis yg xbyk cakap dan xsuka komen byk pasal byk perkara. cuma simpan dalam diri dan kdg2 mengomel sorg2. tapi dalam byk2, Bgcu la adik yg plg taat sekali. selalu buat sesuatu pada asalnya dgn ngomelan mcm2 di mulut tp bila diberi reasoning, dia dapat terima dengan cepat. 

kalau dulu, mungkin Bgcik yg paling senyap, pemalu ala bagai, tapi lepas masuk ke Sek Ulu Siam seangkatan dengan Nabilah (SBPI Bkt Kayu Hitam), Bgcik mula berani utk suarakan pendapat, bercakap di depan org ramai, dan plg ketara sifat malu kucing dah berubah. masih malu tapi bertempat. jadi abg suka kalau adik2 semua dapat masuk ke SBP yg jauh dr rumah, sebab nak bagi pendedahan hidup bermasyarakat yg lebih pd diri. xde kejayaan dalam hidup ni dapat dicapai andai awk malu2, simpan dalam diri. tiap kejayaan tu dicapai bila awk mula berani berdepan dgn masyarakat, berani bersuara, kental dan kuat menghadapi ujian. 

apa2 pun, abang doakn yg terbaik buat awak dan pilihlah jalan yg terbaik selepas PMR ni, byk lg ujian di depan yg bakal awk tempuhi. 

ps: tahniah aje..tp hadiah claim lain masa ^_^


Tuesday, 9 December 2008

there`s always a lesson to be learn

DSC_0281
dalam masa beberapa hari ni, byk perkara dalam hidup saya yang berlaku mendidik jiwa. Apa yg berlaku tu menunjukkan manusia ni bila berbuat dosa, dia terus-terusan melakukan sampailah saat bila mendapat petunjuk Allah (dlm bentuk musibah/peringatan), barulah dia jatuh terduduk tak terkata.  

Masih banyak perkara yang belum benar terurus. Umur makin meningkat namun kualiti iman nampak xbertambah-tambah. Layakkah aku bergelar orang beriman?

"Ya Allah, berikanlah kelapangan jiwa dan minda untuk hambaMu bertaubat. Aku tak mahu terusan berada dalam dosa murkaMu"

Sunday, 7 December 2008

sejuk giler

DSC_0472
Korea Univ, 6:54pm, eating the snow. 

i`ve done with Fluid, and Mechatronic. need to crumple up with Machine Design sigh~lots to read. well, just want to update the page. i went to Kodae (Korea Univ), had a meeting then we call it a day. on the outside, a quite thick heavy snow is falling. A snowball fight, dozens of pictures, and a bowl of hot Sundubu (tau fu fa pedas). 

trust in your friends, and they have a reason to trust you 
/Star Wars:the clone war ep06

ps: happy birthday to Wak Ghani! 

Friday, 5 December 2008

snowy fieldtrip

40D_4233
i took this picture from inside the bus so the quality is so-so due to the condensed capor on the windshield. Outside is snowy!!!! 

did i mention that i had register for the school fieldtrip to Hyundai Motor factory in Asan-nam? 

when i am typing this post, actually i just got back from there. Located about 1 hour and a half, Asan is an industrial area in the north part of S. Korea and Hyundai is the biggest factory they have there. 

well, my first impression for Hyundai, they deserve the honour from consumers. why? i said i went to a factory but the place were really clean and the most thing that impressed me, how they can assembled a car in 57s?!! so, 63 car in an hour!! that`s show how really hard they are working for the honour. 

we had a tour from Press section to the Welding section and lastly to the Coating/Painting section. they do not allow visitor to go to the Assembly part and also the R&D since it is their company policy.  

 all in one day, i finally understand how they made a car and what i learnt in the class last semester for the Manufacturing Process subject.

ps: i`m in the Final Exam mood. pray me for the best. InsyaAllah kita usaha sama-sama. 

Friday, 28 November 2008

i am happy!

40D_0415
 i spent my 3 days 2 nights `travel package` in Hong Kong International Airport. This was my hotel! 

"Aku kalau boleh nak jadi macam Bill Gates. Duit banyak. Hidup pun senang. Tak payah fikir apa2 dah" salah seorang kawanku menceritakan impiannya.

Saat itu, saya mula terfikir. Apakah benar Bill Gates sukakan dengan kehidupannya? Maksud saya, kehidupan dia yang lengkap dengan segala macam benda di dunia. Sekali petik, keluar benda yang dia mahukan.

Kadang2 kita tak pernah melihat apakah kita sudah bahagia dengan hidup kita..sedangkan kita sedang bahagia di saat kita berfikir itu. Cuba renungkan, andai kita teruskan dengan kehidupan kita dan berusaha memperbaiki berdasarkan realiti landasan hidup kita, bukankah kita akan jadi lebih bahagia?

Aku dengan caraku, dan kamu dengan cara kamu.

Janganlah dirungsing apa yang kurang pada dirimu tapi lihatlah dan bersyukurlah apa kelebihan yang ada pada dirimu.

Ada kisah seorang pengembala kambing. Hidupnya dahulu sangat miskin sehinggakan selesai sahaja solat terpaksa berkejar pulang ke rumah untuk bertukar baju dengan isterinya pula yang menunggu giliran solat. Pada satu hari, pengembala tersebut berimpi "Alangkah baiknya kalau aku diberi kesenangan nescaya aku akan lebih bersyukur".

Tak lama kemudian, kambing berkembang biak. Duit masuk melimpah-limpah. Namun sebaliknya berlaku. Jarang dilihat kelibatnya di masjid untuk sama-sama bersolat jemaah.

Begitu juga hidup kita, apa yang kita impikan akan mengorbankan sesuatu yang lain. Mungkin masa kita, mungkin harta kita, mungkin juga keluarga kita.

Apabila berjalan, pandanglah ke bawah.
Apabila mengeluh, pandanglah ke bawah.
Nescaya anda akan jadi lebih bersyukur.
Bukankah amat sedikit antara hambaNYA yang bersyukur?

Sunday, 23 November 2008

learn to....


"what is the greatest jihad in Islam?" 

"to fight the unbelievers in battle". 

selepas menonton filem pendek ini membuatkan saya termenung sejenak. seakan-akan perkara yang pernah kita dengar tapi DENGAR DAN TAK FAHAM!. dalam pemikiran sempit kita, kita letakkan medan jihad fizikallah penentu kemenangan hakiki tapi sebagaimana pesan Rasulullah kepada kita, "Jihad paling besar adalah melawan nafsu (evil) dalam diri kamu". 

tindakan Amerika menyerang Iraq, Afghan, pencerobohan Israel di Palestin, bahkan sejak awal kejadian manusia sekalipun akibat dendam (nafsu) Qabil terhadap Habil (5:27), maka berlaku pertumpahan darah yang pertama di dunia ini. semua kerana nafsu yang tidak dikawal. 

kalau kita meletakkan syaitan sebagai Double Agent (saya cakap Double Agent sbb lepas dia sekaki dgn kita, kemudian dia betray)...bagaimana pula dgn kita berbuat dosa di kala bulan puasa? Syaitankah dalangnya atau nafsu yang lebih dahsyat dari syaitan?

Sebagaimana seruan Nabi yang tiap orang tu seharusnya lagi baik pada hari ini daripada hari semalam dan hari esok lebih baik lagi dari hari ini bermakna tak ada dolak-dalih bagi diri kita untuk letakkan azam untuk lakukan perubahan dalam diri. 

Belajarlah menahan nafsu anda. 
Kalau anda kuat marah, belajarlah menahan marah kerana itu sebaik-baik manusia.
Kalau anda kuat makan (sebat semua), belajarlah makan berpada-pada kerana itu sebaik-baik manusia. 
Kalau anda kuat berdendam, belajarlah memaafkan kerana itu sebaik-baik manusia. 
Kalau anda kuat merajuk, belajarlah berkongsi rasa kerana itu sebaik-baik manusia. 
Itu semua nafsu, yang ada dalam diri kita, sejak kita lahir lagi. 

ps: to prevent is better than cure 

Wednesday, 19 November 2008

All For Ummah

AllForUmmah
Berita Harian: just after we were announced as champion for Festival Nasyid Kebangsaan 2005

[Chorus]
Sayup-sayup suara berkumandang di angkasa 
Damai indah menusuk di jiwa 
Kalimah Tayyibah terus bergema
Tunai kewajipan kita semua 

Ayuhlah! Segera bersama
Menyembah Allah yang Esa
Dirikan solat seikhlasnya
Sebagai tanda mukmin berjaya
Tunduk dan taat kepadaNya

Khamsatun aw qat lailan wa nahara
Ij`alu solatan amalain yau miya
Ikhlasan wa sabran wa khusyu`a fiha
Ta`alau naj`al luha dalila

Performing the five solat is a must 
it is a duty of every muslim 
the act, recitation of prayer are the rukun
starting with the takbir and end with the salam

Alangkah indahnya hidup ini
Dibaluti iman yang suci
Sinar bahagia terus bersemi 
mekar di jambangan hati 
bersama kasih Rabbul `Izzati 
mendapat cinta yang hakiki
cintaNya yang kekal Abadi

saya sangat sukakan lagu ni.  lagu ni sampai sekarang masih diingat oleh kebanyakan Cikgu2 di SMAP Kajang terutama Cikgu Reza (atau dipanggil oleh student Wak Re). pernah satu pagi tu, tengah sedap tidur, kami dikejutkan dengan bunyi motor nyamuk (motor Cgu Reza) dan nyanyian lagu ni oleh dia. habis jadi bahan cerita kami satu hari. 

apa2 pun, terima kasih kepada rakan2 All For Ummah yang sama2 berada disitu mencipta kenangan. Wali, Alimy, Napi, Mita, Jaha, Hazrul, Omar, Mus, hafiz hood, Goman, abg Zufar, Aswad dan xlupa kepada Rosli PA. 

ps: kalau korang2 terbaca, bila kita nak buat Konsert Reunion yg diplan dulu?

Monday, 17 November 2008

subzero



today is the most coldest day in this year`s Autumn. From the forecast, chotnun (first snow) will be coming next week which mean in the while, i have to enjoy the cold wind of autumn before the deadliest cold winter come. 

and today  i also have an interview (not an interview, more to a counselling) with the Director of International Student Affair. he was asking about how i adapt here, my study and etc. the first impression when i entered his room; he is a cold and strict man! but then, after a minute or two of short conversation, it was a great conversation i think.  well, most of Korean are just like that, the first impression always seems horrible but then, when you start to know them, the things getting quite easy. 

ps: he also advised me to practice my Hangukmal (Korean Language) more; since my Hangukmal is kejo keraesso or unimpressive!!

Sunday, 16 November 2008

first and foremost


it was such a beautiful place to nurture a good relationship, to think and to reflects yourself back

meluangkan masa mengambil ibrah perjalanan ketika Summer lepas benar2 menyuntik semangat dan iman untuk terus menyemai bakti di bumi Sonata ini.

Menguruskan satu-satu program sememangnya memerlukan komitmen yang tinggi. Kebetulan ketika dipertanggungjawabkan menjadi Project Manager untuk STC ini, disibukkan pula dengan final sem exam dan juga urusan pulang bercuti musim panas di Malaysia.

Mudah-mudahan ia akan menjadikan diriku lebih matang dan bersedia untuk menghadapi masyarakat.

ps: this is my first post in Bahasa Melayu =P

Friday, 14 November 2008

hands, tongue and heart

IMG_8280
last Summer Traveller`s Camp 08 (STC08). we learn  to share, to give and to change.

On the authority of Abu Sa'id al-Khudri, radiyallahu 'anhu, who said: I heard the Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, say:

"When any one of you sees anything that is disapproved (of by Allah), let him change it with his hand. If he is not able to do so, then let him change it with his tongue. And if he is not able to do so, then let him change it with his heart, though that is the weakest (kind of) faith."

[Muslim]

The last portion of the hadith clearly states that the least a Muslim can do in the case of witnessing an evil act is to change it by his/her heart. This means that he/she should dislike the evil he/she comes across. This is an action of the heart, such as saying: "O Allah, there is nothing that I can do to change this bad situation that You dislike and disapprove except that I hate it to take place. I do not agree to it. O Allah forgive me, guide me and save my heart to be influenced by it."

Unless this action of the heart is practiced, the heart of the believer who witnesses that evil will be subject to be influenced by that evil. A dark spot will be placed in that heart (as stated in another hadith related by al-Bukhari).
With the repetition of such negative attitudes, the heart will be subject to more dark spots placed in it until it is concealed and no longer appreciates what is good and no longer dislikes what is bad or evil. This means that the Muslim who does not practice the lowest level of forbidding the evil, will be subject to turn into being an evil doer him/herself.


Tuesday, 11 November 2008

awesome = Autumn

last week, we went for a picnic at Yeoido Park. well, this time we were well-prepared; a hot macaroni and a delicious toast and egg for the breakfast, and also not forgotten, hot red tea. 

oh and for the video, why i used The Beatles` song? because i love it! there is a message that i want you all to listen and to be ponder. 

read more on Yeoido Park

[updated]

There are places I'll remember 
All my life though some have changed 
Some forever not for better 
Some have gone and some remain 
All these places had their moments 
With lovers and friends I still can recall 
Some are dead and some are living 
In my life I've loved them all 

But of all these friends and lovers 
There is no one compares with you 
And these memories lose their meaning 
When I think of love as something new 
Though I know I'll never ever lose affection 
For people and things that went before 
I know I'll often stop and think about them 
In my life I love you more 

Though I know I'll never lose affection 
For people and things that went before 
I know I'll often stop and think about them 
In my life I love you more 
In my life I love you more

here is the lyric for this song. in our life, for each every of us, there is this memory that you`ll never forget through all your ages. Either a place or a person. for me, i love my friends the most. maybe that`s the feeling i`ve been through seen this year in S. Korea. Being Tarbiyyahsince  i was a child, i can feel the bond of Ukhuwah especially with those who are in the same group with me. 

Tarbiyyah is you lead yourself so you will prepare to lead your friends next. 

Imagine that you are outside of a house that is on fire and your friends are trapped inside. More worst,  all of your friends that trapped inside didnt realise that the house are on fire. 

Either you stand still outside and watch or you scream and try to help your friends?
Think! 

Sunday, 9 November 2008

firm word is like a tree

a morning with PKS
we had a wonderful picnic this morning at Yeoido Park. Thanks to Ajoi, Hisham and `Ammar for coming. 

when i read one of the ayat in Surah Ibrahim,
"Allah meneguhkan (iman) orang2 yg beriman dgn ucapan yg teguh (kalimat tayyibah dlm ayat 24) di dunia dan akhirat; dan Allah sesatkan orang2 yg zalim dan Allah berbuat apa yg dikehendaki"  14:27

A good saying is like a tree. 
a tree with a branches that grows strong , a root that goes deep into the soil, and because the soil are good, so do the fruits it bears (14:24~14:26).

Allah gave a comparison as our brain easily extracts an idea from a picture. is it a coincidence that The Quran was written like that?

ps: Enzo Ferrari knows every specifications of the first Ferrari car he made, but Allah who knows every inches, needs, and details of  Enzo Ferrari He made. 

running up high



like i promised in my previous entry, here is the pictures i took (plus some from Halmi`s D80). actually this is the first time we hiked up the Mt. Gwanak. the idea was given by Ghani who want to realize what had been written in Surah Al-`Aadiyaat (means the running war horse) as Allah compared human to a horse. this is one way to train a man to have a quality life and prepare a man for future challenges.
   
we started hiking on a rather flat hill for about 30 minutes and the real challenge took place another 1 1/2 hour that was rather a 45 degree steep track. i was out of breath, my leg were shaking since i only ate 2 sam-gak kimbab..but i had purpose. the purpose that i had to make it to Yonjudae (the highest peak on that mountain) before the sun take place and the morning haze goes away. during the 2 hours, sometime i ran, sometime i walked side by side with my friends, and somehow i was relating that moment to life and started remembering all those moments that i wanted to give up on challenges i faced before. i climbed faster and when i saw the peak, i started running. 

the sky was still full of fresh moisture haze when i got to the peak. Although the sky was too bright for a good photography (err actually i`m not good at taking a picture with a bright sky (always overexposed) but as long as i reach the peak, it is the best moment to me. i got a few shots. and i got the shots because i didn`t give up and the scenery from up there became the highlight of the day.  it was the most beautiful scenery and friends i had by my side ever. 

ps: the horse start their day early and do their activity also early in the morning. how about us, son of Adam?

Thursday, 6 November 2008

sweet talk

IMG_8492
a fresh walk and sweet talk with both of you guys, Ahnaf and Raher. 
Rasulullah S.A.W also had a sweet talk with his fellow friends, and one of them is Abu Ayyub al-Anshari Khalid bin Zaid bin Malik bin Najjar.

“Bila engkau solat, maka solatlah seolah-olah kali yang terakhir atau hendak berpisah. Janganlah sekali-kali mengucapkan kata-kata yang menyebabkan engkau mesti meminta maaf! Lenyapkan harapan terhadap apa yang berada di tangan orang lain!”

ps: " Ya Allah, jadikanlah aku di antara orang-orang yang beriman dengan ayatMu dan kata-kata RasulMu. Amin"

Wednesday, 5 November 2008

passion


one fact that i learnt from Physics class is when the F1 car turn a curve corner, the driver can feel as high as 5G on his body (5 multiply your body weight!).

Formula One (F1) is one of the most expensive Automotive sport in the world. As the car need to be tweaked and tooled for one thing---speed. i love F1 since the day i learnt to know what is television. the speed, the triumph, sound of the engine and also the best part is when the F1 car goes into the Pitspot. this year, 2008, seems the most dramatic finishes to a world title. Lewis Hamilton becoming the sport`s youngest world champion. im really passionate by the way he won the championship.

ps: never give up until you cross the finish line!


Tuesday, 4 November 2008

KiMS.net header

kims_header

want to make sure that for every season, there will be new header =)

moga istiqamah...ameen.

Monday, 3 November 2008

son of man


Hiking Mt. Gwanak from Ammar Muhammad on Vimeo.
credit to Umair for the video post-processing. 

for the time being, i uploaded this video to be watch by my family, friends who cant joined the hiking. well, enjoy!

ps: pictures will be upload soon. watch the video first.

dinner and fever

40D_3373
the night feel  too long. i woke up at this hour, 4am, sweating heavily (WHAT?? 9C outside and still sweating??) my head still dizzy. the Annual Dinner was great, everything. from food, place, sound system to the student performance (but not all...some are not appropriate). now, i got fever and i suspect i accidentally ate seafood!! next time, i should be more careful and check the ingredients before eat them.  

ps to the Chef-of-Day: why you cooked the dishes with seafood in it?!!!) 

Friday, 31 October 2008

bad dream or good dream?

IMG_1754
Singapore at night (i told you to bring tripod...degil!setting ntah apa-apa)

i woke up really early than usual due to bad dream. really early! 3 o'clock in the morning! the dream replayed 4, 5, 6, 7 times by itself and
didnt know how to stop it from replaying back. 

it all started with a question from my friend. 'apa plan selepas ni, Ammar?' asked Umair when we were heading back after attended Tun Mahathir`s talk and went for samchi gui (ikan bakar). then the discussion starts to get long. from future prospect, family, world economy crisis, Malaysia current issue to marriage. 

sometimes dream is from the devil but sometimes it is as sign from The Creator. there is a lesson for you to be learn. this time, i really want to make up my mind, think seriously about my future and plan well. i plan to make it fast but not in rush. May Allah help me. 

Responsible comes more than the time given to you
Tarbiyyah with adequate knowledge and experiences will grow you into a man
realize that your soul should be a teenager only for a short while
/imam Hassan Al-Banna